Saturday, December 3, 2011

AISKRIM PELIK

Assalamualaikum,,,selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...Cik PN tengah rajin nak mengupdate blog ni...tu yang tangan sibuk nak menaip yang bukan-bukan...Cik PN nak share something dengan korang semua...idea ni datang masa Cik PN nampak abang Cik PN makan aiskrim...hamboi,,,bukan main sedap lagi dye makan...bukan nak share dengan Cik PN...kedekut bin haji bakhil betullah my bro tu...malam2 pun makan aiskrim...haishhhh,,,tak baik untuk kesihatan...abang2,,,kakak2,,adek2,,semua jangan meniru aksi abang Cik PN itu yek...huhuhu..

Tidak dinafikan,,,Cik PN juga antara penggemar aiskrim,,especially COKLAT...yummy,,,sedapnya...nyum3...mesti korang pun suka makan coklat kan,,,eh eh salah,,,makan aiskrim maksud Cik PN...tu lah,,ingat coklat jek dari semalam...korang suka kan makan aiskrim?????baik cakap suka...kalau tidak,,,Cik PN cabut bulu mata korang...hahahaha,,just kidding...Cik PN taklah sekejam tu...wakakaka...tapi,,,jangan menyesal pulak kalau dah tengok aiskrim yang aneh2 ni...takut korang terus geli nak makan aiskrim..huhuhu...Cik PN pun malas nak merepek merapu meraban lgi,,,jom tengok aiskrim pelik2 di dunia...



Korang tahu tak ni perisa apa???Cube tengok gambar betul-betul...
Mata kasi tajam ae,,,tengok kat pnutup dye tu gmbar apa...
Ha,,,nampak????Sape tak nampak tu,,,tak lame lah tu...gurau saje mey...
Sebenarnya itu aiskrim perisa ULAR...amacam,,
berani tak korang nak makan????
Cik PN tengok pnutup jek,,dah nak muntah....eeeuuuwwww...gelilah...
Jepun yang hasilkan aiskrim ni menggunakan HEMPEDU ULAR...
Dyorang menganggap ia baik untuk kesihatan..



Yang ni pulak perisa ARANG...jangan tak percaya pulak...
arang yang buat bakar BBQ tu....yang warna hitam...



Korang tengok gambar pun dah tahu kan...
Ni aiskrim perisa IKAN...errrr,,,rase-rasenye bau hanyir tak???
Cik PN pun tak berapa nak gemar makan ikan,,,lagikan nak makan aiskrimnya..



Errr,,,yang ni memang Cik PN pelik....
Aiskrim yang dibuat menggunakan ammonia...
Yang Cik PN belajar dlm subjek CHEMISTRY ammonia ni sjenis bhan kimia..
dyorang ni dah kekurangan bahan makanan ke???
apa pown tak boleh...huhuhu



Haishh,,,korang berani ke nak makan aiskrim chilli peppers ni????
Walaupun Cik PN suka makanan pedas,,,tapi tak sanggup nak makan..
Tengok dye punya cili punyalah besar gedabak...huhuhu
Sape nak cirit-birit makanlah aiskrim ni....
komfem setiap 5 minit menjenguk toilet....



Ade sesape makan daging kuda kat sini?????
Kalau ada angkat kening macam Ziana Zain...hahahha
Aiskrim ni dihasilkan menggunakan kuda...
Orang Jepun ni memang aneh-aneh la....
Dyorang potong kecil-kecil daging kuda,,then masukkan dalam aiskrim ni...



Errrr,,,Cik PN tengok warne pun tak berkenan...nikan lagi nak makan...
Kirim salam jelah...huhuhu
Cik PN tengok macam aiskrim ta** lembu pulak...kuikuikui
Tapi korang jangan salah sangka ni betul-betul ta** lembu..
Aiskrim ni dihasilkan menggunakan dakwat sotong...
Patotlah hitam semacam jek,,,dakwat sotong rupanya...



Yang ni rasa-rasanya korang pernah dengar dan pernah nampak...
Aiskrim yang diperbuat daripada susu ibu...
Ibu-ibu dekat LONDON mnderma susu mereka...
errrr,,,derma kat anak sndiri kan baguih...huhuhu



Aiskrim ni pulak dihasilkan menggunakan ikan masin...
Hemmm,,,rasa-rasa mesti masin kan aiskrimnya...
Tak sedap,,yukkkssss...hahahha



Perisa HATI ITIK,,,hemmmm....tak tahulah rasanya macam mane..
grrrrrr,,,,mesti memualkan...hahahaha..


Amaca korang semua???????jangan ingat hanya ada aiskrim coklat,,,vanilla,,,strawberry,,,jagung...perisa yang korang tak terfikir pun ade...hahahaha...dan kebanyakannya,,JEPUN yang menghasilkan aiskrim yang aneh-aneh tu....so,,,kalau korang pergi oversea,,,jangan main makan jek aiskrim kat sana...cek dulu btul2...nanti tak pasal-pasal termakan perisa ular...hahahaha..Cik PN pun nak out....byee.....

Friday, December 2, 2011

ADAPTASI DARI NOVEL LAGI?

Assalamualaikum!Cik PN mncul lagi..hihihi
Kali ni Cik PN muncul dengan berita baik,,,GOOD NEWS!!!
It's all about novel guys...hahahha
So,,,bagi sesiapa yang tak minat novel,,boleh tekan mr.X dekat atas tu..
Habes ceghita....kahkahkah..
Tapi korang jangan buat andaian apa-apa terlebih dahulu...
Baca entry ni sampai habes....baru korang tahu...

Sekarangkan dah banyak drama,teater dan filem yang diadaptasi dari novel,,
Lagenda Budak Setan,,,Badai Semalam,,,Nora Elena,,,yang paling hot skrg,,,
OMBAK RINDU....
Ni,,,Cik PN nak bagitahu...sebuah drama yang telah diadaptasikan
daripada sebuah novel iaitu GEMERSIK KALBU karya ANIS AYUNI
akan ditayangkan di TV3,,,SLOT AKASIA mulai jam 7-8 malam...
drama ni start 26 DISEMBER 2011...
Cik PN excited sangat nak tunggu TENTANG DHIA habes...
Novel ni memang best...cerita pasal kawen paksa...
Lebih kurang macam NORA ELENA lah...
Cik PN dah baca banyak kali novel ni...kelakar novelnya..
Tapi taklah kelakar sampai habes,,,ada sedih juga...
Cik PN bagi sinopsisnye dekat korang ok!


Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.


Drama kedua,,yang diadaptasi dari novel BICARA HATI karya DAMYA HANNA...
Ya Allah,,,best sgt2 novel ni....kalau korang baca,,,komfem menangis...
Sedih sangat....novel ni juga tentang kawen paksa...
Tapi ada juga part2 yg kelakar....
Cuma,,,masih belum tahu bila akan disiarkan...kemungkinan hujung tahun 2011...
excitednye Cik PN.....semua novel best2...hahahha
Cik PN nak bagi sinopsisnye kat korang..



DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran
dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita
yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi
dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan
dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku
Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.



Sama-samalah kita tunggu drama ni disiarkan..
Sementara belum disiarkan,,korang bacalah novelnye...
Biar dapat feel dulu nak tengok dramanye...
Hahahahaha...oklah nak stop mnaip...
Daaa....

COKLAT TERMAHAL DI DUNIA

Assalamualaikum...salam sejahtera dan salam1 Malaysia..
Cewaahhhh,,,hahaha...
Ok,,,tadi masa Cik PN tengah mengadap lappy sambil menikmati
CADBURRY BLACKFOREST,,,tiba-tiba terlintas dekat otak Cik PN...
hemmm,,,coklat apa yang paling mahal didunia..
So,,,tangan Cik PN pun menari-narilah dekat keyboard ni...
menggoogle lah pasal coklat....
Ya Allah,,,tiba-tiba hidup Cik PN seperti di syurga coklat...hahaha
Gurau saja mey...
Walaupun Cik PN memang hantu coklat,,tapi Cik PN takkan berhabes duit
nak beli coklat-coklat yang gila mahalnya ni...
Mahal-mahal pun tapi masuk perut juga...bukannye dibuat perhiasan....huhuhu
Lagi satu,,,benda mahal sayang nak dimakan...hahaha
Jom kita layan coklat-coklat yang membuatkan korang fikir berjuta-juta kali
nak beli ke tak nak...
Kalau Cik PN,,tak payah fikir,,terus reject...hahahaha






Coklat termahal didunia 1
CHOCOPOLOGIE
Pencipta:Knipschildt
Harga:$2600 per pound

Di hasilkan oleh Fritz Knipschildt,seorang chef dari Denmark.Dalam coklat ni ada cendawan hitam yang hanya didapati dekat Perancis.Coklat ni hanya boleh didapati jika ditempah dahulu.


Coklat termahal didunia 2
Pencipta:Noka Vintages Collection
Harga:$854 per pound

Hamboi,,,dia punya kotak pun eksklusif....patotlah mahal semacam...coklat Noka ni kompilasi Dark Coklat terbaik dari ladang terpilih sperti VENEUZELA,IVORY COAST,TRINIDAD dan ECUADOR.Coklat terbaek dari ladang!!!!hahaha...


Coklat termahal didunia 3
Delafee
Pencipta:Delfee©
Harga:$504 per pound

Ada sesape yang suka EMAS???nah coklat ni untuk korang yang gilekan emas..coklat yang dibalut dengan emas 24 karat.So,,,lepas korang bukak pembungkusnya,,,korang simpanlah...makan coklat tu dengan bahagianya...hihihi


Coklat termahal di dunia 4
RICHART
Pencipta:Richart©
Harga:$120 per pound

Sekali imbas macam coklat biasa yang selalu dapat time kerja kawen...hahhaha,,,jangan pandang sebelah mata...yang istimewanya coklat ni sebab dihasilkan dengan 70 peratus bahan dari VENEZUELA CRIOLLO CHOCOA yang diiktiraf oleh negara-negara pembuat coklat sebagai koko yang terbaek didunia.


Coklat termahal di dunia 5
GODIVA
Pencipta:Godiva "G" Collection
Harga:$117 per pound

Yummy,,,sedapnya Cik PN tengok...coklat ni berasal dari BELGIUM...Belgium merupakan salah satu negara pengeluar koko yang terbaik di dunia...komfem lah coklat tu memang sodap..hahahaha

Dah puas cuci mata dengan coklat....
Dapat tengok pun jadilah...coklat CADBURRY dah cukup bagi Cik PN...
hahahaha,,,so sesape hantu coklat,,,bolehlah beli coklat yang gila mahal tu...
Cik PN nak menikmati CADBURRY BLACKFOREST..jom join Cik PN...
hahaha....


Thursday, December 1, 2011

Saya Jealous Dengan Kamu!!!

Assalamualaikum...hallllooooo!!!!Cik PN in da house.....
Kerana kepala otak pun dah agak merenks,,,dakwat pen pun dah habes..
Maka dengan itu Cik PN pun menutup buku add math....hahaha
(Itu semua hanya alasan semata-mata,padahal dah boring mngadap buku)
So,,,keinginan untuk mengupdate blog pun menjelma...
Sebab tulah post ini terpublish..huahuahua
Apa kau mengarut tu Cik PN???
Huh,kau apa tahu...duduk situ diam-diam...jangan banyak bunyi...

Berbalik kepada tajuk diatas tu,,,situasi skrg,,Cik PN tengah JEALOUS!!!
So,,,korang jangan buat Cik PN bertambah jeles dengan anda yang dah tengok
OMBAK RINDU...
Semua ceghita pasal OMBAK RINDU...lagi-lagi dekat FB..
Ni Cik PN nak bagitau,,,wahai warga FB,,,korang dah berjaya membuatkan
Cik PN jealous dengan OMBAK RINDU tu...
Takpe-takpe,,,mentang-mentang Cik PN tak dapat nak tengok hari ni....
Mungkin lain hari Cik PN dapat tengok...huh

Sape-sape dah baca novel ni,,,mesti teringin sgt nak tengok kan?????
Samelah kita yeop,,,,Cik PN nak sgt2 tgok OMBAK RINDU...
Novelnya dahlah kebabom,,,,bestlah!!!!!!
Cik PN bagi semua bintang kat langit utk novel ni.....
Nah untuk awak OMBAK RINDU!!!!!
hihihihi....
Mau off,,,,daaaaa.......

p/s:doa harap-harap adelah orang nak belanje Cik PN tengok OMBAK RINDU...korang nak belanje Cik PN tak????huhuhu