Thursday, May 23, 2013

Muktamad.Nekad.

Assalamualaikum.
Kali ni Cik PN nak bebel panjang kat entry ni.Sesape yang tak sanggup benanah mate bace entry Cik PN da boleh angkat kaki ciauu dari blog bughuk ni.Eh,gurau-gurau saje meyh.Daku da ingatkan awal-awal entry ni memang panjang.Bace tajuk pun da rase macam entry ni gilaq series macam melibatkan hidup dan mati hamster aq.

Minggu lepaih punye cerita sebenarnya.Tapi Cik PN takde fefeeling nak cerita.Da ramai Cik PN tengok dok publish cerita ni.Bukan Cik PN nak cerita pasal Afiq Muiz ke Eina Azman.Tak hingen aq menaip semate-mate nak cerita pasal depa.Hikhok.Ini ceghita lagi penting.Ceghita tentang mase depan daku.hehe...


Alhamdulillah.Cik PN dapat sambung study kat UiTM kos Diploma Sains.Mase nak cek result tu,da macam orang parkinson haqu ni.Tangan bukan maen menggigil nak isi no.ic tu.Bila da tekan,tak bukak mata lagi.Takut seyhh.Bila da ade kekuatan,ceh poyo ayat kan.Baru haqu bukak mate."Maaakkk..akak dapat UiTM!"haqu rase jiran sebelah umah aq memang terbako telinge dengar jeritan Cik PN.Yang paling best,dye tak cakap Cik PN nak tercampak kat mane.Seksa jiwe rage I tunggu hari Ahad nak tau kat ceruk mane UiTM tu.Risau dapat Sabah dgn Srawak.Jauh kau jah.Yelah kan,I tak pernah pisah jauh dengan family.Kang ade yang meroyan nak balik umah.Alhamdulillah,Cik PN dapat kat Tapah,Perak. Tapi wat sementare stay Kuale Pilah,N.9 dulu.

Sebelum ni Cik PN memang risau sangat kalau tak dapat UPU ni.Cik PN pun dapat tawaran MATRIKULASI kat Melaka.Tapi,ade sebab kenapa Cik PN tolak tawaran matrik.Dalam hati Cik PN,kalau tak dapat UPU memang reda jelah tercampak kat MATRIK Melaka.Fine,satu negeri dengan abang haqu.tsk..tunggu result UPU memang menyeksakan jiwe rage ko tau.Merana rasenye nak menunggu UPU tu keluar.Tidoq tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang.Ok.tu semua tipu.Makan sampai bertambah adelah.Huahua.

Kenapa tak masuk matrik?Soalan yang da melekat kat kepala Cik PN.Pi mane-mane mesti tanye soalan tu. Hemm..matrik memang fast track untuk sesiapa yang terus nak ke degree.Jimat mase,ade elaun semua.Kalau result meletops bley fly ovesi kau jah.Sape taknak pi ovesi kan.Kalau tanya mak jemah pun da tentu dye nak  pi ovesi.Tapi,Cik PN tahu kemampuan diri Cik PN camne.Cik PN da tanye senior-senior,kaunselor and kazen-kazen.Dekat matrik memang kena struggle habes-habesan.Takde istilah kau nak berjimba-jimba. Kalau tak memang result kau kelaut.Cik PN ni jenis yang study ikut suka hati limpa jantung aku.haha..teruk kan perangai.adek-adek mohon jangan jadi cam haqu ni.

Cik PN tak kesah orang nak cakap ape pasal Diploma Sains ni.Haqu yang nak belajar,bukan hangpa semua.Perghhh,,ayat ganas seyh.Ade karang yang makan sup kasut berulamkan stoking busuk.eeeuuuww.. memanglah ambil mase yang lama berbanding fom6 and matrik.tapi kalau tak boleh bawa tu semua memang sia-sialah kan.yang penting kita tahu kemampuan diri kita.nawaitu kena betul even kau belajar kat obesi.Cik PN da nekad dengan keputusan ni.Muktamad.Kawan kazen Cik PN dulu matrik,tapi sebab result dye yang tak berapa nak memberangsangkan,dye terpakse ambil diploma balik.Tak ke membazer namenye kan.Memang seram Cik PN dengar cerita my kazen tu.

Diploma Sains ni sebenarnya bukan pilihan pertama Cik PN.Pilihan kedua selepas ASASI LAW.Takde rezeki Cik PN nak jadi lawyer.hikhok..ingat boley lari dari sains,ghupenye idok la ye.Sains dan Cik PN memang tak boleh pisah.Sesape yang tak dapat  UPU,jangan sedih.Anggapla rezeki korang bukan sekarang. Allah aturkan yang lebih baik nanti.Kalau dapat tawaran banyak sangat,buat solat Istikharah macam Cik PN. Yelah,hati manusia ni mudah berubah.Bukan nak kawen aje kene buat solat Istikharah,nak sambung study pun digalakkan buat.

InsyaAllah,2 JUN Cik PN akan menjadi warga UiTM.Doakan yang terbaek untuk Cik PN.Mungkin kalau blog ni terabai,faham-faham jelah ye keadaan Cik PN ni.haha.

*p/s:takut nak buat medikal cekup esok.aigooo.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum.
Dah lame kan tak nampak muke haku kat blog ni.Cik PN pun da lame tak join ga,contest dan seangkatan dengannya.Tulah jadinya bila malas da menguasai diri,sampai nak jenguk blog pun malaih.Adek-adek mohon jangan contohi perangai hakak ko ni ha.Perangai bughok benor.Hoke,memandangkan haqu dah lame tak post benda-benda ngarut,hari ni aku nak balas dendam dengan entry yang super panjang.Tak sanggup nak baca?Silakan cau dari sini.Huahuahua.

Hari ni 16 Mei.Takkan 16 Jun pulakkan.So,topik hangat mestilah hari guru.Takkan hari mengundi pulakkan.Ooopppsss!Da larut malam baru nak buat entry pasal hari guru.Teruk benor haqu ni.haha.Cik PN jeles banget dengan para pelajar yang dapat sambut hari guru dekat sekolah.Huntonglah korang na.Aku je ni ha yang dok melongo mengimbau saat menyambut hari guru mase zaman lampau.

Paling de best sambutan hari guru taun lepas sebab MASTER dengan pelajar fom 6 yang handle majlis.Bonda kami,Cikgu Asmah mintak 2 show.Satu show koir,lagi satu dikir barat.Paling best mestilah part show dikir barat.Sebab i yang praktis junior-junior dengan kerjasama Cikgu Hikam and geng2 Cik PN yang laen.Cik PN and de geng mule-mule tak caye beliau pandai berdikir barat sebab Cikgu Hikam suka bergurau.So,agak susah kami nak percaye kate-kate beliau.Sekali,hambek kau.Beliau tunjuk video dikir barat mase kat maktab dulu.Homaigad..ternganga kau tengok!

Tiba mase show.Bedebaq gilaq aih.Tapi junior-junior semua muka takde perasaan time tu.Haqu ni yang dedo jantung sebab i dengan geng yang latih depa.Kang kalau tak jadi haqu juga dipersalahkan.Tak gitu.Alhamdulillah..pengetua senyum meleret je tengok show tu.Cik PN dapat tahu pengetua request sendiri beliau nak show dikir barat lagi untuk taun ni.Omo,,terharunya bila dengar pasal tu dari junior.Lepas selesai majlis hari guru,dapat makan free woi.haha.balik umah dah tak payah makan.Hemmm..tu ceghita taun lepas.Sedihnya tak dapat sambut hari guru kat sekolah lagi.Nah,hambek sejemput gambaq mase majlis tu. Nama je hari guru,tapi muke kami yang memenuhi kamera.hihi


After majlis.
Praktis sebelom show.
Dapat makan free mane tak suke.
Pantang nampak kamera.
Cik PN nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia.Tak kiralah cikgu tadika ke,cikgu memasak ke,cikgu memandu ke,cikgu sekolah rendah or menengah even cikgu tusyen sekalipun.Seorang dokter melakukan kesilapan melibatkan seorang nyawa,seorang guru melakukan kesilapan melibatkan satu bangse.Thanks untuk cikgu Cik PN dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah agama,sekolah darjah khas agama dan juga sekolah menengah.Tanpa ilmu dari cikgu-cikgu,tak mungkin saya dapat mencapai kejayaan seperti sekarang.I LOVE U TEACHER!Nah,hambek lagi sejemput gambaq cikgu-cikgu Cik PN.Tak banyak pun sebab cikgu-cikgu I susah nak ajak begambaq.haha

Ustazah Umi and Cikgu Shalizan.
Cikgu Zarina malu-malu pulak.
Ibu Cik PN di SMKS,Cikgu Kamariah.
Cikgu-cikgu yang tak pernah penat mengajar kami sehingga saat akhir nak SPM.
Cikgu Hikam and Bonda kami,Cikgu Asmah orang kuat badan MASTER.

 Guru-guru SMKS yang super duper dedikasi.


*p/s:Doakan Cik PN dapat keputusan UPU seperti yang diharapkan.bedebaq jantung ni.