Thursday, June 13, 2013

Mahasiswi UiTM.

Assalamualaikum.
Rindu tak dengan Cik PN?eh,takde sorang pown nak rindu I kan..it's okey bebeh.ramai lagi orang nak rindu I tau.cehhh,,ayat mintak penampo berjemaah kan.huh.Cik PN rindu gilax nak berblogging.huwaaa..tetiba rindu kampung halaman.kepoyoan terserlah sikit kat situ.macamla merantau ke obesi.padahal ke Kuala Pilah,N.9 aje.entry kali ni haqu nak cerIte pasal pengalaman haqu sepanjang MDS.kalau tak larat nak bace,mohon angkat kaki.hoho

Alhamdulillah Cik PN da rasmi bergelar mahasiswi UiTM.MDS a.k.a Minggu Destini Siswa da tamat minggu lepas.2 minggu berjauhan dengan family.rindu family Cik PN..nak nanges cenggini haqu tau.*seret bantal busuk duduk bawah meja.huhu.MDS minggu paling best,ohsem,daebak dan seangkatan dengannya.tak dapat nak cakap camne feeling dye tau.dye bukan feeling macam engkorang makan baskin robin mahupun cekelat daim.owh,,jauh berbeza kau jah.ramai senior cakap minggu MDS minggu paling menyeksakan,mengerikan dan meng...haqu tak tau nak taip ape lagi.haha.yess,Cik PN setuju dengan statement tu.BUT,nampak tak aq siap caps lock lagi BUT tu tau.But,MDS akan jadi kenangan paling indah untuk engkorang tau.series,Cik PN tak tipu.

Maybe yang menyeksakan tu bila semua benda korang kena buat cepat,xpress dan pantas.Korang jangan mimpilah nak mandi 2,3 kali sehari time minggu MDS.mohon jangan berangan nak berkubang lelame kat bilik air tu.tido satu hari hanye 2 or 3 jam saje.mimpi di siang harilah kalau ko nak membute sampai 5,6 jam bagai.kalau makan pun jangan la dok perasan makan macam kat umah korang.makan perlahan-lahan,tapi laju-laju.camne tu??maksudnye makan dengan pantas le.hikhok.PM-PM kat UiTM Kuala Pilah memang daebak.Eh,PM tu singkatan utk Pembantu Mahasiswa ye,bukan perdana menteri.Mohon diberi pencerahan.wakaka.macam-macam aktiviti PM-PM sediakan untuk PB.PB tu pulak pelajar baru hoke.bukan Perasan Bagus.huahua.cume time taklimat ramai yang akan tersengguk-sengguk berzikir.mase tu memanglah ramai yang jadi warak berzikir tunduk ke bawah termasuklah Cik PN.time aktiviti laen,cergas aje haqu tengok.yelah,tido satu hari cume 2 or 3 jam je kot.mane kau tak mengantuk.bangun tido mate semua jadi panda.bajet comel je gitu kan.

PM-PM sporting habes kot.memang ohsemlah depa ni smue.mereka sangat memahami budak-budak hingusan macam kami ni.ade yang buat gwiyomi,menyanyi,macam-macamlah.eh,jangan terkejut kalau haqu cakap kat Kuala Pilah ni ade Bobo juga tau.haha.ade sorang siswa sebiji cam Bobo.siap buat parodi kat depan.memang sejibik aq cakap.haha.hari Khamis merupakan hari perasmian MDS.wahhhh,,memang bestla.rindu MDS pulak dah.

Kolej Cik PN Seri Menanti 2 tingkat 5.Seksa tak seksa ko nak mendaki.Kaki haqu ni da macam parkinson menggigil-gigil nak naek umah mase MDS.Tapi la ni,dah biase.Tiap-tiap hari berjalan 1 km ulang alik dari kolej ke fakulti.memang kuruih aq lepas ni.jangan pelik kalau tetibe ko tak kenal aq.ceh,ayat nak hiperbola sangat kan.kos Diploma Sains paling ramai umat manusianye.tapi,kelas haqu secoet aje lelakinya,3 orang aje.nampak tak penguasaan kaum Hawa.hihi.minggu ni tak mula belajar lagi,sebab lecturer bz sume kan.tunggulah minggu depan,memang engkorang tak nampak bayang aq da kat dunie blog ni.pooraahh.hehe

Thanks kepada semua PM-PM yang susah payah menguruskan kitorang mase MDS tu.Terutama PM Seri Menanti 2,PM WE JAD..pm yang sungguh sporting moting kau jah.comel jek orangnya..btw,dye satu kos dengan Cik PM.ohsemm.ok,Cik PN nak stop merepek.dah takde idea nak tulis ape.next entry Cik PN cerite pasal UiTM Kuala Pilah ni and my new family.hihi.just wait and see k.

Thursday, May 23, 2013

Muktamad.Nekad.

Assalamualaikum.
Kali ni Cik PN nak bebel panjang kat entry ni.Sesape yang tak sanggup benanah mate bace entry Cik PN da boleh angkat kaki ciauu dari blog bughuk ni.Eh,gurau-gurau saje meyh.Daku da ingatkan awal-awal entry ni memang panjang.Bace tajuk pun da rase macam entry ni gilaq series macam melibatkan hidup dan mati hamster aq.

Minggu lepaih punye cerita sebenarnya.Tapi Cik PN takde fefeeling nak cerita.Da ramai Cik PN tengok dok publish cerita ni.Bukan Cik PN nak cerita pasal Afiq Muiz ke Eina Azman.Tak hingen aq menaip semate-mate nak cerita pasal depa.Hikhok.Ini ceghita lagi penting.Ceghita tentang mase depan daku.hehe...


Alhamdulillah.Cik PN dapat sambung study kat UiTM kos Diploma Sains.Mase nak cek result tu,da macam orang parkinson haqu ni.Tangan bukan maen menggigil nak isi no.ic tu.Bila da tekan,tak bukak mata lagi.Takut seyhh.Bila da ade kekuatan,ceh poyo ayat kan.Baru haqu bukak mate."Maaakkk..akak dapat UiTM!"haqu rase jiran sebelah umah aq memang terbako telinge dengar jeritan Cik PN.Yang paling best,dye tak cakap Cik PN nak tercampak kat mane.Seksa jiwe rage I tunggu hari Ahad nak tau kat ceruk mane UiTM tu.Risau dapat Sabah dgn Srawak.Jauh kau jah.Yelah kan,I tak pernah pisah jauh dengan family.Kang ade yang meroyan nak balik umah.Alhamdulillah,Cik PN dapat kat Tapah,Perak. Tapi wat sementare stay Kuale Pilah,N.9 dulu.

Sebelum ni Cik PN memang risau sangat kalau tak dapat UPU ni.Cik PN pun dapat tawaran MATRIKULASI kat Melaka.Tapi,ade sebab kenapa Cik PN tolak tawaran matrik.Dalam hati Cik PN,kalau tak dapat UPU memang reda jelah tercampak kat MATRIK Melaka.Fine,satu negeri dengan abang haqu.tsk..tunggu result UPU memang menyeksakan jiwe rage ko tau.Merana rasenye nak menunggu UPU tu keluar.Tidoq tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang.Ok.tu semua tipu.Makan sampai bertambah adelah.Huahua.

Kenapa tak masuk matrik?Soalan yang da melekat kat kepala Cik PN.Pi mane-mane mesti tanye soalan tu. Hemm..matrik memang fast track untuk sesiapa yang terus nak ke degree.Jimat mase,ade elaun semua.Kalau result meletops bley fly ovesi kau jah.Sape taknak pi ovesi kan.Kalau tanya mak jemah pun da tentu dye nak  pi ovesi.Tapi,Cik PN tahu kemampuan diri Cik PN camne.Cik PN da tanye senior-senior,kaunselor and kazen-kazen.Dekat matrik memang kena struggle habes-habesan.Takde istilah kau nak berjimba-jimba. Kalau tak memang result kau kelaut.Cik PN ni jenis yang study ikut suka hati limpa jantung aku.haha..teruk kan perangai.adek-adek mohon jangan jadi cam haqu ni.

Cik PN tak kesah orang nak cakap ape pasal Diploma Sains ni.Haqu yang nak belajar,bukan hangpa semua.Perghhh,,ayat ganas seyh.Ade karang yang makan sup kasut berulamkan stoking busuk.eeeuuuww.. memanglah ambil mase yang lama berbanding fom6 and matrik.tapi kalau tak boleh bawa tu semua memang sia-sialah kan.yang penting kita tahu kemampuan diri kita.nawaitu kena betul even kau belajar kat obesi.Cik PN da nekad dengan keputusan ni.Muktamad.Kawan kazen Cik PN dulu matrik,tapi sebab result dye yang tak berapa nak memberangsangkan,dye terpakse ambil diploma balik.Tak ke membazer namenye kan.Memang seram Cik PN dengar cerita my kazen tu.

Diploma Sains ni sebenarnya bukan pilihan pertama Cik PN.Pilihan kedua selepas ASASI LAW.Takde rezeki Cik PN nak jadi lawyer.hikhok..ingat boley lari dari sains,ghupenye idok la ye.Sains dan Cik PN memang tak boleh pisah.Sesape yang tak dapat  UPU,jangan sedih.Anggapla rezeki korang bukan sekarang. Allah aturkan yang lebih baik nanti.Kalau dapat tawaran banyak sangat,buat solat Istikharah macam Cik PN. Yelah,hati manusia ni mudah berubah.Bukan nak kawen aje kene buat solat Istikharah,nak sambung study pun digalakkan buat.

InsyaAllah,2 JUN Cik PN akan menjadi warga UiTM.Doakan yang terbaek untuk Cik PN.Mungkin kalau blog ni terabai,faham-faham jelah ye keadaan Cik PN ni.haha.

*p/s:takut nak buat medikal cekup esok.aigooo.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum.
Dah lame kan tak nampak muke haku kat blog ni.Cik PN pun da lame tak join ga,contest dan seangkatan dengannya.Tulah jadinya bila malas da menguasai diri,sampai nak jenguk blog pun malaih.Adek-adek mohon jangan contohi perangai hakak ko ni ha.Perangai bughok benor.Hoke,memandangkan haqu dah lame tak post benda-benda ngarut,hari ni aku nak balas dendam dengan entry yang super panjang.Tak sanggup nak baca?Silakan cau dari sini.Huahuahua.

Hari ni 16 Mei.Takkan 16 Jun pulakkan.So,topik hangat mestilah hari guru.Takkan hari mengundi pulakkan.Ooopppsss!Da larut malam baru nak buat entry pasal hari guru.Teruk benor haqu ni.haha.Cik PN jeles banget dengan para pelajar yang dapat sambut hari guru dekat sekolah.Huntonglah korang na.Aku je ni ha yang dok melongo mengimbau saat menyambut hari guru mase zaman lampau.

Paling de best sambutan hari guru taun lepas sebab MASTER dengan pelajar fom 6 yang handle majlis.Bonda kami,Cikgu Asmah mintak 2 show.Satu show koir,lagi satu dikir barat.Paling best mestilah part show dikir barat.Sebab i yang praktis junior-junior dengan kerjasama Cikgu Hikam and geng2 Cik PN yang laen.Cik PN and de geng mule-mule tak caye beliau pandai berdikir barat sebab Cikgu Hikam suka bergurau.So,agak susah kami nak percaye kate-kate beliau.Sekali,hambek kau.Beliau tunjuk video dikir barat mase kat maktab dulu.Homaigad..ternganga kau tengok!

Tiba mase show.Bedebaq gilaq aih.Tapi junior-junior semua muka takde perasaan time tu.Haqu ni yang dedo jantung sebab i dengan geng yang latih depa.Kang kalau tak jadi haqu juga dipersalahkan.Tak gitu.Alhamdulillah..pengetua senyum meleret je tengok show tu.Cik PN dapat tahu pengetua request sendiri beliau nak show dikir barat lagi untuk taun ni.Omo,,terharunya bila dengar pasal tu dari junior.Lepas selesai majlis hari guru,dapat makan free woi.haha.balik umah dah tak payah makan.Hemmm..tu ceghita taun lepas.Sedihnya tak dapat sambut hari guru kat sekolah lagi.Nah,hambek sejemput gambaq mase majlis tu. Nama je hari guru,tapi muke kami yang memenuhi kamera.hihi


After majlis.
Praktis sebelom show.
Dapat makan free mane tak suke.
Pantang nampak kamera.
Cik PN nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia.Tak kiralah cikgu tadika ke,cikgu memasak ke,cikgu memandu ke,cikgu sekolah rendah or menengah even cikgu tusyen sekalipun.Seorang dokter melakukan kesilapan melibatkan seorang nyawa,seorang guru melakukan kesilapan melibatkan satu bangse.Thanks untuk cikgu Cik PN dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah agama,sekolah darjah khas agama dan juga sekolah menengah.Tanpa ilmu dari cikgu-cikgu,tak mungkin saya dapat mencapai kejayaan seperti sekarang.I LOVE U TEACHER!Nah,hambek lagi sejemput gambaq cikgu-cikgu Cik PN.Tak banyak pun sebab cikgu-cikgu I susah nak ajak begambaq.haha

Ustazah Umi and Cikgu Shalizan.
Cikgu Zarina malu-malu pulak.
Ibu Cik PN di SMKS,Cikgu Kamariah.
Cikgu-cikgu yang tak pernah penat mengajar kami sehingga saat akhir nak SPM.
Cikgu Hikam and Bonda kami,Cikgu Asmah orang kuat badan MASTER.

 Guru-guru SMKS yang super duper dedikasi.


*p/s:Doakan Cik PN dapat keputusan UPU seperti yang diharapkan.bedebaq jantung ni.

Wednesday, April 17, 2013

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak lancarkan perang gerila..Ehh...tertiba..nak lancarkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria. Nama pun mini kan jadi hadiahnya tidaklah terlalu besar.

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Syaratnya :
  1. Follow blog !Aini Zakaria, Add To Circle Google+ Nurul Aini dan Like Page !Aini Zakaria.
  2. Tulis satu entry bertajuk Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria"
  3. Copy dan Paste coding di bawah ini ke dalam entry anda kemudian klik Publish.
  4. Tinggalkan url/link penyertaan anda di ruang komen entry ini sahaja, di Cbox tidak diterima.
Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Kredit kepada kak Mia|Mialiana.com.


Hadiah :

Sepasang bow brooch untuk 15 orang Pemenang. Harga bow brooch ini bernilai RM2.50-RM3.00 setiap satu tau..hehe.. Jadi setiap pemenang dapat 2 pasang bow brooch. 
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan.
Tarikh Tutup:  01/05/2013


Jomlah memeriahkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria ini ye. Tak kira blogger lelaki mahupun perempuan. Semua boleh join. Boleh bagi pada adik perempuan ke? kan. ^____^