FAIQ ZAFRI tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia pening dengan kerenah pelajar-pelajar sekolahnya.Haish, nilah nasib kalau kena jadi pengawas. Terpaksa menghadap ragam dan masalah yang dilakukan oleh pelajar. Kalau ditegur sikit,mulalah dikutuknya pengawas gila kuasa.Faiq Zafri ditugaskan menjaga pintu pagar bersama rakan pengawas yang lain.Arya juga ditugaskan menjaga pintu pagar.Begitu ramai pelajar yang hadir lewat pagi ini.Bukan setakat lewat,malahan disiplin sekolah juga dilanggar.Ada yang pakai seluar fit-fit ikut kaki,ada pulak yang pakai seluar bell-bottom,dah macam gaya 60-an.Eh,came on lah beb,sekarang ni tahun 2011,bukan 1960 lagi.Bukan tahun pop yeh yeh kalau nak pakai seluar bell bottom.Kalau yang perempuannya pulak tak pakai lencana dekat tudung.Memang mengundang kemarahan betullah.
Kelihatan seorang pelajar lelaki baru tiba sambil menuntun basikalnya yang pancit.Arya simpati melihat pelajar tersebut,pastinya dia penat menuntun basikalnya untuk sampai ke sekolah.Kesiannya Nukman.Bisik Arya di dalam hati.Nukman merupakan pelajar tingkatan 3 dan tinggal bersebelahan dengan rumah Arya.
"Eh,sini kau.Siapa izinkan kau pergi.Dahlah kau datang lambat,ada hati nak masuk kelas."herdik Faiq Zafri.
Arya terkejut dengan kata-kata Faiq yang agak kasar bunyinya.Nukman segera berjalan ke arah Faiq Zafri sambil mengesat peluhnya.Berpeluh muka Nukman kerana penat menuntun basikal,bukannya dekat rumah Nukman,agak jauh rumahnya dari sekolah.
"Apasal kau datang lambat,tak faham bahasa agaknya kau ni,waktu sesi persekolahan mula pukul 7.25, yang kau datang 7.30 ni kenapa?"Faiq Zafri memandang Nukman dengan perasaan geram.
Nukman hanya memandang ke bawah,takut untuk bertentang mata dengan Faiq Zafri.Baru pertama kali dia terlewat ke sekolah.Itupun hanya kerana tayar basikalnya pancit.Dia sudah maklum dengan perangai Faiq Zafri yang suka mencari kesalahan orang lain.Ramai pelajar yang tidak berapa menyukai perangai Faiq Zafri yang agak menyakitkan hati.Macam manalah cikgu boleh lantik dia jadi pengawas.
"Basikal pancit,tu yang terlambat."akhirnya bersuara juga Nukman.
"Oh,menjawab pulak kau.Aku tak kira pancit ke apa ke,kau kena denda juga.Sebelum balik,kau kena kutip semua sampah dekat kawasan padang.Aku akan pastikan kau ada dekat sana.Faham!"ujar Faiq Zafri.
Arya memandang Faiq Zafri dengan muka tidak berpuas hati.Ya Allah,kejamnya Faiq ni.Nak kata buta, celik aku tengok matanya.Dah tahu basikal Nukman tu pancit,bagilah dia masuk kelas.
"Faiq,kau ni buta ke apa?Basikal dia kan pancit,bukan sengaja dia nak datang lambat.Lagipun dia baru sekali datang lewat.Bukan selalu lewat macam budak-budak lain."tegur Arya.Dia geram dengan perangai Faiq.Tapi dia sabar je menghadap kerenah Faiq sepanjang mereka bertugas bersama.
"Yang kau nak bela dia kenapa?Kau suka kat dia ke?"jerkah Faiq.
"Astaghfirullah.Cubalah buka mata kau tu besar-besar,basikal dia tu pancit.Kita kenalah fikir secara rasional.Taklah terus menghukum orang tanpa sebab."
"Baik kau diam je.Tak payah nak mengajar aku.Kau tu baru form 4,tak tahu apa-apa.Aku dah jadi pengawas dari form 2 lagi.Aku tahulah apa yang aku buat.Kau tak payah nak masuk campur.Aku boleh suruh cikgu lucutkan jawatan kau kalau aku nak"balas Faiq sambil berlalu pergi.Dia sempat menjeling ke arah Nukman.
Arya sakit hati dengan kata-kata Faiq.Mentang-mentang dia form 5,bolehlah dia buat ikut suka hati dia.Ya Allah sabarkanlah hatiku dengan perangai manusia yang bernama Faiq Zafri.
"Tak pelah Kak Arya.Memang salah Nukman pun."ujar Nukman.Dia menulis nama di dalam buku yang telah di khaskan untuk pelajar yang datang lewat.
Arya simpati dengan Nukman.Faiq ni memang kejamlah.Geramnya aku dengan perangai dia.Nak je aku uli-uli jadi karipap.Nasib baiklah dia form 5,lagi veteran dari aku.Kalau tidak,dah lama aku pecat dia jadi pengawas.
****
SUMAIYAH pelik dengan sikap Arya hari ini.Selalunya dialah yang menggamatkan suasana 4 Dinamik. Kalau tak bising sati hari,bukan Arya Muzfirah la tu.Ada sahaja benda yang akan jadi bahan bualannya.Kalau dah penat berbual,menyanyi pulak kerjanya.Tapi hari ni,lain pulak jadinya.Senyap semacam.Senyum pun tak. Mukanya,ya Allah masam macam limau.Limau pun manis.
"Errr...Arya,kau kenapa?"takut juga Sumaiyah hendak menegur Arya.Dia kenal benar dengan perangai Arya.Kalau sudah marah,pasti ada yang kena jelingan mautnya,tak pun kena sound balik.
"Nothing."sepatah sahaja yang di jawabnya.Ekeleh Arya ni,aku punyalah berfikir banyak kali nak menyusun ayat, dia boleh jawab sepatah je.
"Aku tahu kau ada something yang buat kau badmood macam ni.Kalau takde,kau takkan badmood."
"Aku rasa kau tahu apa yang buat aku marah."Arya bermain-main dengan straw yang berada di dalam tin minumannya.Main tarik-tarik tali pulak si Arya ni.Manalah aku tahu apa benda yang buat dia marah.
"Errr...Faiq ke?"teka Sumaiyah.Ah,jawab jelah.Susah sangat soalannya,aku ni bukanlah nujum Pak Belalang,boleh menilik.Lainlah soalan Biology,boleh aku tengok dalam buku nota.
Arya hanya mengangguk lesu.Dah agak dah,takde orang lain yang boleh buat Arya marah selain Faiq Zafri dan Hanna Syaqilah.Faiq Zafri tak habis-habis mencari masalah dengan Arya.Ada sahaja benda yang tak kena dimatanya.
"Apa dia dah buat dekat kau?"
"Dia buat aku menyampah dengan perangai dia,aku geram sangat-sangat.Ada ke patut cakap aku suka dekat Nukman.Aku dah anggap Nukman tu macam adik aku.Tadi pagi Nukman datang lambat,so dia kenalah tahan dengan Faiq tu.Faiq boleh pulak hukum si Nukman tu.Padahal dia nampak yang basikal Nukman pancit,tapi dia tetap denda juga.Aku kesian dengan Nukman.Lagi satu,Faiq kata dia boleh cakap dekat cikgu supaya lucutkan jawatan aku kalau dia nak.Aku sakit hati sangat."luah Arya.
"Ya Allah,gila kuasanya Faiq ni.Sabar jelah kau dengan dia.Lagi berapa minggu je kau bertugas dengan dia.Nanti bulan depan kau dah tak sama tugas dengan si gila kuasa tu.Ish,nak je aku perambat Faiq tu dengan penyapu.Sesuka hati nak lucutkan jawatan orang.Ingat dia bagus sangat agaknya.Semua budak junior benci kalau kena bertugas sama dengan dia."Sumaiyah berusaha menenangkan Arya.
Arya berasa lebih tenang setelah meluahkan masalahnya dengan Sumaiyah.Memang betul apa yang ada di dalam buku motivasi,kalau kita ada masalah,luahkanlah dengan orang yang kita percaya.Insyaallah,kita akan jadi lebih tenang.
"Thanks Sumaiyah sebab sudi dengar masalah aku."
"It's ok.Tapi kenalah belanja aku aiskrim lepas ni."
"Ewah,nak upah juga rupanya.Macam budak kecik lah kau Maiyah."balas Arya.Dia kembali ceria setelah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
****
ARYA masih lagi menyiapkan kerja rumahnya.Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.Agak lama juga dia mengadap buku,sehingga tangannya lenguh.Arya bingkas bangun menuju ke dapur untuk minum air.Dia sempat menjenguk ke dalam bilik abangnya,Dah agak dah,takde benda lain yang dibuat selain main gitar. Terpaksalah memekakkan telinga selama beberapa bulan sehingga abangnya habis cuti semester.
Dia menyelongkar peti sejuk untuk mencari jus orange.Dia menutup kembali peti sejuk tersebut.Hampir luruh jantungnya apabila melihat Amar Fazri berada dipintu peti sejuk.Ya Allah,abang aku ni nak bagi aku mati agaknya.Dahlah gelap,boleh pulak dia terkejutkan aku.
"Hish,abang ni,buat Arya takut je.Nasib baik Arya tak simbah abang dengan jus orange ni."ujar Arya sambil mengurut dadanya.Amar Fazri sudah tergelak sakan melihat muka Arya apabila dia terkejut.Dia memang suka mengacau Arya.Dia tahu Arya seorang yang penakut,walaupun dalam rumah sendiri.
"Hahahaha,,,lawaklah muka kau Arya.Dah tahu diri tu penakut,bukan nak hidupkan lampu.Sanggup bergelap."balas Amar Fazri sambil merampas jus orange dari tangan Arya.Arya sudah memasamkan mukanya melihat tingkah Amar Fazri.Tak tahu malu betullah abang aku ni,sesuka hati je ambil air aku.Aku punyalah bersusah payah ambil air ni,dia boleh senang lenang pulak rembat.
"Erkkk,,,alhamdulillah.Thanks Arya dah tolong aku sediakan air."sengaja Amar Fazri berbuat demikian. Dia memulangkan kembali kotak jus orange tersebut kepada Arya.Arya menggoncang kotak tersebut, kosong!Ish,abang aku ni memanglah.Sengaja nak sakitkan hati aku.Nasib baiklah kau abang aku,kalau tidak dah lama aku mandikan dengan jus orange.
"Hemm,,,baru aku teringat.Syaqief kirim salam dekat kau.Dia tanye apasal kalau kau online tak pernah nak balas chat dia."
Ni lagi sorang makhluk Allah yang merimaskan Arya,iaitu kawan baik abangnya,Syaqief.Amar Fazri sudah berkawan baik dengan Syaqief semenjak di tahun pertama di UPM.Rasa macam nak block je kat facebook.Tapi tak sampai hati pulak nak buat macam tu.Dia tu taklah jahat,baik budaknya.Cuma malas nak layan keperamahannya tu.Terlampau peramah.
"Wa'alaikumsalam.Abang cakap dengan kawan baik abang tu,Arya malas nak layan dia.Kalau layan buat sakit je.Ada je benda yang dia suka sakat."luah Arya.
"Lusa dia datang rumah kita.Mak bapak dia pergi umrah,so dia nak tidur sini dalam 5 hari.Aku dah cakap dengan ibu dan ayah.Diorang izinkan.So,siap sedialah kau untuk jadi mangsa buli dia.Hahahaha..."
Pap!Seperti ada sebongkah ais yang menghempap kepala Arya.What?????Mamat tu nak tidur dekat sini.Kalau dengan dia,seminit rasa macam satu jam,satu hari macam seminggu.
"Apasal sekejap sangat.Alang-alang genapkan terus sampai seminggu.Lama sikit."
"Hai,macam memperli je.Suka ke Syaqief datang sini?"
"Bukan memperli,menyindir je.Suka sangat kalau dia datang sini,rasa macam nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam."geram Arya dibuatnya.Kalau boleh dia tak nak berjumpa dengan Syaqief apalagi untuk tinggal sebumbung.Memang harulah jadinya nanti.
"Ok lah,aku nak sambung balik main gitar.Baik-baiklah kau dekat dapur ni sebab tadi aku dengar ada suara menangis."sakat Amar Fazri.Arya sempat membaling kotak tisu ke arah abangnya.Sengaja takutkan aku.Mentang-mentang aku ni penakut,disakatnya aku.
*****
FAIQ Zafri keluar dari bilik Cikgu Arif dengan muka yang masam mencuka.Baru sahaja tadi dia dimarahi kerana membuat laporan yang salah.Padahal bukan dia yang buat,tetapi dia yang juga yang dimarahi.
Faiq Zafri berjalan laju mencari seseorang.Habis ditawafnya satu sekolah mencari hamba Allah yang seorang tu.Wajahnya seakan menyimpan api kemarahan yang bila-bila masa sahaja boleh dimuntahkan.Entah kenapa ada sahaja benda yang menjadi bahan pertikaman lidah antara dia dan gadis itu.Namun,kali ini kemarahannya pada gadis itu sudah sampai ke tahap maksimum.
"Manalah kau ni Arya.Siap kau kalau aku jumpa.Sebab kaulah,aku kena dengar bebelan Cikgu Arif." Gumam Faiq Zafri sendirian.Faiq menuju ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang bersidai di kaki lima.
"Hanna,kau nampak Arya tak?"soal Faiq dengan suara yang menahan marah.Dia tidak mahu melampiaskan kemarahannya kepada orang lain.
"Eh,Abang Faiq!Hanna rasa Arya ada dekat depan library tu.Abang Faiq kenapa?Marah semacam je."balas Hanna dengan manjanya.
"Thanks Hanna."balas Faiq Zafri sebelum berlalu pergi.Hanna bersama rakannya juga sibuk mengekori Faiq Zafri seperti tahu ada sesuatu yang akan berlaku antara Faiq dan Arya.Semua rakan sekelas Arya termasuklah Hanna sudah tahu yang Arya dan Faiq sememangnya musuh tradisi.Dari riak muka Faiq Zafri, Hanna dapat membaca yang Faiq sedang menyimpan kemarahan terhadap Arya.
****
"ARYA!Apa benda kau dah buat ni?Kau tahu tak,sebab kaulah aku kena marah dengan Cikgu Arif.Kalau kau tak buat benda bodoh macam ni,takdelah aku kena bebel dengan cikgu tu."entah dari mana datangnya Faiq Zafri,tiba-tiba terus menyerang Arya.Angin,ribut,taufan dan seangkatan dengannya mula menguasai Faiq Zafri.
Arya yang pada ketika itu sedang berada di luar perpustakaan terkejut dengan jerkahan Faiq Zafri.Tidak tahu hujung pangkalnya,tidak semena-mena ditengking Faiq Zafri sedemikian rupa.Pelajar yang lalu-lalang di situ juga tertarik dengan drama sebabak antara Faiq Zafri dan Arya.
"Benda bodoh apa yang aku dah buat?"mendatar sahaja suara Arya waktu itu.
"Kau tanya aku?Kaukan ada otak,so fikirlah sendiri kesalahan apa yang kau dah buat."tambah Faiq Zafri lagi.Kesabarannya seperti sudah di tahap maksimum.
Arya memandang Faiq Zafri dengan pandangan yang penuh persoalan.Arya masih lagi dapat bersabar dengan penghinaan Faiq Zafri.Kalaulah dia tidak memikirkan yang mereka sekarang menjadi tontonan umum, sudah pasti Faiq Zafri memakan penampar sulungnya.
"Masalahnya aku tak tahu apa kesalahannya.Kalau aku tahu,takdelah aku tanya kau."balas Arya. Suaranya masih cuba ditahan agar tidak didengari sesiapa yang lalu-lalang di situ.
"Eh,aku malaslah nak cakap apa benda kau dah buat.Yang penting sebab kau,aku terpaksa menadah telinga dengar Cikgu Arif membebel.Tak gunalah kalau mak bapak kau hantar sekolah,tapi masih buat kesalahan yang tak masuk akal ni.Lebih baik kau duduk rumah main pondok-pondok."tengking Faiq Zafri lagi.Dia seperti tidak menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya.
Arya terkesima dengan kata-kata Faiq Zafri.Air matanya seperti hendak mengalir sahaja waktu itu. Di tahan sahaja air matanya agar tidak menitis di hadapan manusia yang berhati batu seperti Faiq Zafri.Arya tidak suka apabila nama ibu bapanya dikaitkan sekali.Biarlah namanya sahaja yang menjadi bahan kemarahan Faiq Zafri,tapi tidak kalau nama ibu bapanya terbabit.
"Faiq,kau boleh nak marah-marah aku,tapi jangan sekali-kali kau babitkan ibu bapa aku.Aku tak kisah kau nak cakap aku apa,nak kutuk aku,nak marah aku,tapi aku tak terima bila ibu bapa aku kau sebut sekali. Find,aku terima apa yang kau dah marah aku tadi.Tapi aku tak tahu kesalahan apa yang aku dah buat sampai melibatkan kau.Sekali lagi aku cakap,jangan kau libatkan ibu bapa aku."terhambur semua kemarahan Arya.
"Padan muka kau!"Arya sempat menangkap butir bicara Hana Syaqilah ketika dia hendak meninggalkan Faiq Zafri.'Ah,apa aku kisah dengan kau Hana.Aku tak kacau kau pun.Yang penting aku nak bla dari sini.Buat aku sakit jiwa kalau aku lama-lama duduk sini.'gumam Arya dalam hati.
Arya sudah tidak dapat menahan kemarahannya apabila ibu bapanya disebut-sebut oleh Faiq Zafri.Dia sudah tidak peduli dengan pandangan pelajar-pelajar yang melihat drama antara dia dan Faiq Zafri.Yang penting hatinya masih lagi sakit dengan kata-kata Faiq Zafri.Arya seakan-akan lupa dengan Sumaiyah yang dibiarkan keseorangan di perpustakaan.Kakinya dibiarkan sahaja melangkah tanpa arah tujuan.
****
"HAI budak comel!"tegur satu suara yang berada di ruang tamu.Arya hanya membuat muka selambe.Dahlah moodnya tak berapa nak baik,balik-balik ada yang mengganggu.Arya tidak menghiraukan tuan empunya suara.Dia terus melangkah menuju ke biliknya.
"Am,apasal dengan adik kau tu?Selalu kalau aku tegur,dia senyum.Kalau aku sakat,dia sakat aku balik. Ni balik sekolah macam baru balik dari medan perang je.Masam macam kalah perang."ujar Syaqief.
"Biasalah tu,orang perempuan,bendera Jepun tengah naik agaknya."balas Amar Fazri.Dia juga pelik dengan adiknya.Selalu kalau pulang sekolah,Arya pasti akan menegurnya.Tapi berlainan pula hari ini.
"Ibu,kenapa dengan adik tu?"soal Amar Fazri apabila melihat ibunya yang baru masuk ke rumah.Setiap hari ibunya yang akan mengambil Arya di sekolah.Kalau tidak sempat,barulah Amar Fazri yang mengambil Arya.
"Ibu pun tak tahu angin apa adik kamu hari ni.Dalam kereta tadi pun senyap je.Biasanya mulut dia tak berhenti bercakap.Kalau tak bercakap,menyanyi.Adalah tu benda yang tak kena.Syaqief,lepas ni makan ya. Mak cik dah siapkan makanan dekat dapur."balas ibunya sambil berlalu meninggalkan ruang tamu.
****
ARYA menaip sesuatu di laptop abangnya sambil mendengar lagu.Sejak pulang sekolah,moodnya masih lagi tidak stabil.Semua kerja yang di lakukan juga terganggu.Arya terfikir-fikir kesalahan apa yang sudah di lakukannya sehingga mengundang kemarahan Faiq Zafri.
Hari yang sangat menyakitkan hati,,,wahai hati,,,sabarlah menghadapi manusia yang berperangai seperti dia...
Itulah ayat yang di taip oleh Arya di status facebooknya.Biarkan Faiq Zafri terbaca statusnya.Kalau boleh,mahu saja dia menyebutkan namanya sekali.Tetapi mengenangkan facebook tempat umum,dia membatalkan niatnya.
Syamir Hafzan:Assalamualaikum!Awak ok?
Muncul pula hamba Allah yang seorang ni.Bila masa dia ni online.Tadi takde pun dekat senarai chat.
Cinta Novel:Wassalam...hari ni tak berapa nak ok.
Syamir Hafzan:Saya baca dekat status yang awak tulis,hari ni hari yang menyakitkan hati. Why?Can I know?
Pantas sahaja Syamir Hafzan membalas.Busy body juga mamat ni,nampak je kat gambar macam pemalu.
Cinta Novel:Kalau saya tak nak share,boleh tak?Lagipun saya tak kenal awaklah Syamir.
Syamir Hafzan:Up to you.Saya tak boleh paksa awak.Betul juga kata awak,kita tak kenal lagi. Saya hormat pendirian awak.
Cinta Novel:Thanks sebab memahami saya.I really aprreciate it.
Syamir Hafzan:Welcome.Saya just nak beritahu awak,jangan simpan dalam hati kalau awak sakit hati dengan seseorang.Luahkanlah pada orang yang terdekat dengan awak.Lagi satu,hati akan tenang jika kita solat dan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran.Tu jelah nasihat yang boleh saya beritahu sebab saya selalu buat macam tu kalau saya sakit hati.
Arya tersenyum sendirian.Betul seperti apa yang dikatakan Syamir Hafzan.Hatinya lebih tenang jika dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.Cuma,hal ini sahaja yang belum diluahkan kepada sesiapa pun termasuklah Sumaiyah.Setelah kejadian dia dimalukan di khalayak ramai,Arya terus menangis semahu-mahunya di dalam tandas.Dengan cara itulah dia melepaskan kesedihannya.Sudahlah dia ditengking di hadapan ramai pelajar,tidak cukup dengan itu,ibu bapanya sekali di sebut.
Chinta Novel:Insyaallah saya lakukan.Awak ni macam pakar kaunselinglah.Hehehe...
Syamir Hafzan:Hahaha,,,saya memang pakar kaunselinglah,awak tak tahu ke?Dr. Fadzilah Kamsah tu anak murid saya...hahaha...
Arya ketawa membaca ayat Syamir Hafzan.Dr. Fadzilah Kamsah tu anak murid dia?Apa-apa ajelah dia ni.Dr. Fadzilah Kamsah tu lagi tua daripada dia,macam manalah dia ajar Dr. Fadzilah Kamsah tu?
Syamir Hafzan:Saya nampak awak ketawalah...tak baik ketawakan orang.
Mati ketawa Arya saat itu.Gulp!Syamir ni macam tahu-tahu je aku tengah ketawa.Dia ni manusia ke hantu?Boleh tahu aku tengah ketawa.Bahaya ni.
Chinta Novel:Errr,,,macam mana awak tahu saya tengah ketawa?Awak ni ahli nujum ke pakar kaunseling?
Syamir Hafzan:Ahli nujum tu kerja part-time saya.Sebab tulah Nujum Pak Belalang kena berhenti kerja.Saya dah rampas kerja dia.Hahaha...
Sekali lagi meletus ketawa Arya.Dia ni memang suka berlawak ke?Dari tadi asyik buat aku ketawa je. Macam manalah aku boleh layan je dia ni?Selalunya aku paling malas nak chat dengan sesiapa,tapi lain pulak dengan si Syamir Hafzan ni.
"Arya,apa yang diketawakannya tu?Dah-dah,jom makan.Ibu tengok dari balik sekolah tadi Arya tak makan lagi.Karang masuk angin pulak perut tu."terjengul wajah ibunya di muka pintu.Arya hanya tersengih memandang ibunya.
"Ok,kejap lagi Arya keluar.Arya nak off dulu laptop ni."
Chinta Novel:Syamir,saya nak offline dah.Ibu saya dah panggil makan.Satu hari saya tak makan nasi gara-gara sakit hati.Hehehe,,,bye.Assalamualaikum...
Syamir Hafzan:Makan jangan lupa baca doa pulak,nanti ada yang menyibuk nak makan sekali dengan awak..Wassalam...
Arya segera logout dari facebooknya.Dia sudah tidak sabar menikmati hidangan yang disediakan ibunya.Pasti ibunya memasak masakan yang enak kerana rakan Amar Fazri berada dirumahnya,Bukan bermaksud yang selama ini ibunya tidak memasak lauk yang enak,cuma kali ini pasti lebih special.Pantas sahaja Arya memakai tudung yang berada di almarinya.Perutnya sudah berirama pop rock minta di isi.
****
SUMAIYAH yang ditemani Fatnin pantas sahaja berjalan mendapatkan Faiq Zafri yang sedang leka berbual dengan rakannya.Hatinya turut sakit apabila mendengar cerita dari Fatnin yang turut berada semasa kejadian itu.Patutlah semasa dia keluar dari perpustakaan Arya tidak kelihatan sedangkan dia sudah menyuruh Arya menunggunya.Sudah puas dia bertanya semalam kepada Arya apa yang berlaku,tetapi Arya hanya menggelengkan kepala tanda dia belum bersedia untuk bercerita.Kalau dia yang berada di tempat Arya,dia juga pasti terluka ditengking dikhalayak ramai sedangkan dia tidak tahu kesalahan apa yang telah dilakukan.Tidak cukup dengan itu,ibu bapa Arya sekali turut disebut.
"Faiq,kenapa kau buat Arya macam tu?Kau tak tahu adab sopan ke?Apa salah dia dekat kau sampai kau buat dia macam tu sekali?"bertubi-tubi soalan yang ditanya Sumaiyah.Dia tidak kira dengan pandangan rakan-rakan Faiq Zafri.Yang penting saat ini,dia hanya mahu tahu atas sebab apa Faiq memarahi Arya.
"Eh,kau jangan nak kurang hajar dekat sini.Aku ni senior kau,jadi hormat aku."
"Orang macam kau ni tak payah nak hormat.Orang takkan hormat kau kalau kau pun tak pandai nak hormat orang.Pandai suruh orang hormat kau,tapi kau sendiri tak pernah hormat kat orang."lantang Sumaiyah membalas.Fatnin disebelah hanya menjadi penonton setia pertengkaran mereka.Dia sendiri takut untuk masuk campur.
"Kau ni apehal?Tak payah nak menyibuk hal aku dengan dialah.Hal kau dengan Hanna pun tak settle lagi,ada hati nak mnyibuk hal orang."
"Hanna dengan kau sama je.Tak habis-habis nak sakitkan hati orang.Kau dahlah malukan dia depan pelajar-pelajar,lepas tu siap nak kaitkan nama mak bapak dia sekali apehal?Ada dia menyusahkan kau ke?"
"Memang dia ada menyusahkan aku.Sebab dia aku kena tadah telinga dengar Cikgu Arif membebel. Kerja yang aku bagi tu bukannya susah mana.Setakat laporan persatuan yang senang macam tu pun tak dapat buat.Harap je penolong setiausaha.Tapi tak boleh diharapAdik aku pun pandai buatlah."perli Faiq Zafri.
"Owh,,,jadi tulah kesalahan Arya.Kau tu yang patut dipersalahkan.Kaukan setiausaha,si Arya hanya penolong.Kau yang patut buat semua tu,bukan Arya.Dah kira untung Arya tolong buatkan.Minit mesyuarat persatuan pun dia yang buat,semua dia yang buat.Apa guna kau jadi setiausaha kalau satu sen pun tak berguna?Jadi ahli pun tak layaklah.Mentang-mentanglah kau senior,kau boleh lah buli junior.Eh,cermin muka dululah sebelum nak marah-marah orang.Tu pun kalau cermin tak retak seribu tengok muka kau yang macam kodok tu."sinis sahaja kata-kata Sumaiyah.Mulutnya memang berbisa kalau berbicara terutama dengan orang-orang yang tak berapa baik dengannya.
Merah padam muka Faiq Zakri setelah ditempelak sebegitu oleh Sumaiyah.Ikutkan hati mahu sahaja dia menampar gadis itu.Hatinya seperti lahar gunung berapi yang bila-bila masa sahaja boleh meletus.Dia malu di hadapan rakannya kerana diperli Sumaiyah.
'Siap kau Arya dengan Sumaiyah.Sebab kaulah Arya aku dimalukan depan kawan-kawan aku.' bisik Faiq Zafri sendirian.Dia melihat Sumaiyah yang sedang berjalan meninggalkannya dengan pandangan yang tajam.Sakit hatinya apabila mengingatkan kata-katA Sumaiyah.Muka macam kodok?Huh,memang butalah kau Sumaiyah cakap muka aku macam kodok.
p/s:Assalamualaikum kepada pembaca Cinta Novel atau Saya...Cik PN dah post entry baru novel ni.Harap anda semua terhibur membacanya.Kalau ada Cik PN salah semasa mnulis,tlglah tgur ye.Al maklumlah budak baru blajar mnulis novel.Tak smuanya smpurna.Ada cacat celanya.Cik PN nk mntak maaf jga sbb lmbat sgt post entry baru.Cik PN sbuk dgn pljaran.Tkdew mase yg byk utk mnulis.Ni pun Cik PN tulis sikit2 smpailah Cik PN puas hti.Hehehehe,,,smoga anda suka dgn karya budk kecik ni...LOVE U ALL!!!!
Salam, saya suka lah baca novel ni. Untung betul sebab dapat lawat blog ni. Geram betul dengan faiq tu. Rasa macam nak cincang-cincang je dia. Hahahahaha. Tak sabar nak tunggu untuk part 4 pulak. Cepat-cepat sikit ye. hehehe :) Nice joooob! I'm really really looking forward to it! :D
ReplyDeletewassalam,,,thank u so much...lpas ni awak akan brtambah gram kot dgn dye...hahaha,,,insyaallah,,,nti sye akn post cpt2...tggu je...
ReplyDelete