Assalamualaikum.
Kali ni Cik PN nak bebel panjang kat entry ni.Sesape yang tak sanggup benanah mate bace entry Cik PN da boleh angkat kaki ciauu dari blog bughuk ni.Eh,gurau-gurau saje meyh.Daku da ingatkan awal-awal entry ni memang panjang.Bace tajuk pun da rase macam entry ni gilaq series macam melibatkan hidup dan mati hamster aq.
Minggu lepaih punye cerita sebenarnya.Tapi Cik PN takde fefeeling nak cerita.Da ramai Cik PN tengok dok publish cerita ni.Bukan Cik PN nak cerita pasal Afiq Muiz ke Eina Azman.Tak hingen aq menaip semate-mate nak cerita pasal depa.Hikhok.Ini ceghita lagi penting.Ceghita tentang mase depan daku.hehe...
Alhamdulillah.Cik PN dapat sambung study kat UiTM kos Diploma Sains.Mase nak cek result tu,da macam orang parkinson haqu ni.Tangan bukan maen menggigil nak isi no.ic tu.Bila da tekan,tak bukak mata lagi.Takut seyhh.Bila da ade kekuatan,ceh poyo ayat kan.Baru haqu bukak mate."Maaakkk..akak dapat UiTM!"haqu rase jiran sebelah umah aq memang terbako telinge dengar jeritan Cik PN.Yang paling best,dye tak cakap Cik PN nak tercampak kat mane.Seksa jiwe rage I tunggu hari Ahad nak tau kat ceruk mane UiTM tu.Risau dapat Sabah dgn Srawak.Jauh kau jah.Yelah kan,I tak pernah pisah jauh dengan family.Kang ade yang meroyan nak balik umah.Alhamdulillah,Cik PN dapat kat Tapah,Perak. Tapi wat sementare stay Kuale Pilah,N.9 dulu.
Sebelum ni Cik PN memang risau sangat kalau tak dapat UPU ni.Cik PN pun dapat tawaran MATRIKULASI kat Melaka.Tapi,ade sebab kenapa Cik PN tolak tawaran matrik.Dalam hati Cik PN,kalau tak dapat UPU memang reda jelah tercampak kat MATRIK Melaka.Fine,satu negeri dengan abang haqu.tsk..tunggu result UPU memang menyeksakan jiwe rage ko tau.Merana rasenye nak menunggu UPU tu keluar.Tidoq tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang.Ok.tu semua tipu.Makan sampai bertambah adelah.Huahua.
Kenapa tak masuk matrik?Soalan yang da melekat kat kepala Cik PN.Pi mane-mane mesti tanye soalan tu. Hemm..matrik memang fast track untuk sesiapa yang terus nak ke degree.Jimat mase,ade elaun semua.Kalau result meletops bley fly ovesi kau jah.Sape taknak pi ovesi kan.Kalau tanya mak jemah pun da tentu dye nak pi ovesi.Tapi,Cik PN tahu kemampuan diri Cik PN camne.Cik PN da tanye senior-senior,kaunselor and kazen-kazen.Dekat matrik memang kena struggle habes-habesan.Takde istilah kau nak berjimba-jimba. Kalau tak memang result kau kelaut.Cik PN ni jenis yang study ikut suka hati limpa jantung aku.haha..teruk kan perangai.adek-adek mohon jangan jadi cam haqu ni.
Cik PN tak kesah orang nak cakap ape pasal Diploma Sains ni.Haqu yang nak belajar,bukan hangpa semua.Perghhh,,ayat ganas seyh.Ade karang yang makan sup kasut berulamkan stoking busuk.eeeuuuww.. memanglah ambil mase yang lama berbanding fom6 and matrik.tapi kalau tak boleh bawa tu semua memang sia-sialah kan.yang penting kita tahu kemampuan diri kita.nawaitu kena betul even kau belajar kat obesi.Cik PN da nekad dengan keputusan ni.Muktamad.Kawan kazen Cik PN dulu matrik,tapi sebab result dye yang tak berapa nak memberangsangkan,dye terpakse ambil diploma balik.Tak ke membazer namenye kan.Memang seram Cik PN dengar cerita my kazen tu.
Diploma Sains ni sebenarnya bukan pilihan pertama Cik PN.Pilihan kedua selepas ASASI LAW.Takde rezeki Cik PN nak jadi lawyer.hikhok..ingat boley lari dari sains,ghupenye idok la ye.Sains dan Cik PN memang tak boleh pisah.Sesape yang tak dapat UPU,jangan sedih.Anggapla rezeki korang bukan sekarang. Allah aturkan yang lebih baik nanti.Kalau dapat tawaran banyak sangat,buat solat Istikharah macam Cik PN. Yelah,hati manusia ni mudah berubah.Bukan nak kawen aje kene buat solat Istikharah,nak sambung study pun digalakkan buat.
InsyaAllah,2 JUN Cik PN akan menjadi warga UiTM.Doakan yang terbaek untuk Cik PN.Mungkin kalau blog ni terabai,faham-faham jelah ye keadaan Cik PN ni.haha.
*p/s:takut nak buat medikal cekup esok.aigooo.