Thursday, June 2, 2011

Cinta Novel atau Saya? Prolog

DI SELONGKAR beg sandang yang selalu dibawanya ke kelas.Sudah bersepah lantai dengan buku-buku,alat tulis dan bermacam-macam lagi yang dikeluarkan Arya dari dalam beg.Seingatnya dia ada membawa balik novel tersebut.Tetapi sudah puas dia mencari,namun tidak kelihatan juga.Rasyiqah yang menjadi pemerhati dari tadi mula bangkit dari katilnya.
       "Hang cari apa Arya?Dari tadi aq dok tengok hang selongkar itu ini,sepah sana,sepah sini.Cuba hang cerita kat aku,apa yang hang dok cari dari tadi.Aku ni yang tengok hang lagu tu pun dah pening."ujar Rasyiqah yang sudah duduk di sebelah Arya.Dikemasnya buku-buku Arya yang berselerakan.
        "Aku cari novel akulah.Novel yang baru aku beli semalam.Kau ada nampak tak?"soal Arya yang masih ligat mencari novelnya.Mencari novel macam mencari emas.Bagi Arya,novel lagi penting dari emas.
        "Oh,novel semalam tu.Aq nampak hang baca novel tu dekat kafe tadi masa makan tengahari.Takkan hang tertinggal kot kat sana?"balas Rasyiqah.
        Dia sudah faham dengan perangai Arya Muzfirah semenjak dia sebilik dengan rakannya itu.Rasyiqah mengenali Arya semasa hari pertama menjejakkan kaki di UIAM.Baginya Arya seorang yang peramah, kerana Arya yang menegurnya dahulu.Mulutnya tidak berhenti bercakap,ada sahaja yang hendak dibualkan. Kalau dengan novel,memang macam adik-beradik,tak boleh berenggang.Ada sahaja novel dalam begnya untuk dibawa ke mana-mana.Tidak kiralah novel tersebut dah dibaca,pasti akan dibacanya berulang kali.
        Tangan Arya sudah berhenti bergerak,keningnya sudah bercantum memikirkan sesuatu.Dia menepuk dahinya tanda teringatkan sesuatu.
         "Ya Allah,aku tertinggallah dekat kafe.Macam mana aku boleh lupa ni?Tadi masa kau dok suruh aku cepat-cepat,kan aku lupa dah nak masukkan dekat dalam beg."
         "Sapa suruh hang lupa?Aku tak suruh pun.Ala,,,biaq jelah hilang,nanti boleh hang beli baru.Apa susah." balas Rasyiqah yang sudah kembali ke katilnya.
          Ewah-ewah minah ni,sedapnya mulut dia berbicara,ingat senang ke nak dapatkan novel tu.Dah berpuluh kedai buku aku jelajah,barulah jumpa semalam.Tup tap-tup tap,hilang pulak hari ni.
          "Oit,novel tu bukan senang nak cari tau.Semalam pun tinggal satu je aku tengok novel tu.Kau kena tolong aku cari novel tu Syiqah.Kalau tak,aku cincang kau masak sambal."ugut Arya sambil menjengilkan matanya dengan Rasyiqah.Rasyiqah hanya mencebikkan mulutnya.
           "Ala,,,bukan rezeki hang nak baca novel tu sampai habis.Hang ada letak nama ka,apa-apa yang boleh dihubungi kalau ada orang jumpa novel hang tu?"tanya Rasyiqah
           "Macam biasalah,mesti ada.Sebelum baca lagi,aku dah sampul cantik-cantik,lepas tu letaklah nama aku,nombor telefon dengan alamat e-mail."balas Arya.Dia memang akan menjaga novel seperti menjaga nyawanya.Awal-awal lagi,dia akan menyampul novelnya menggunakan sampul plastik yang jernih.Dari sekolah menengah lagi tabiatnya yang satu itu memang telah sebati dengan dirinya.
            "Ha,,,kalau lagu tu,nanti adalah orang yang hubungi kau.Aku yakin mesti ada yang jumpa novel kau. Lagipun dekat kafekan novel kau hilang,lagi senang nak jumpa.Kau sabar jelah menunggu.Mana tau, silap-silap lelaki yang jumpa novel hang,boleh berkenalan sekali.Hahaha..."
            Amboi-amboi Rasyiqah ni,gatai bebenor.Kalau lelaki lagilah menyeramkan aku,macam mana nak berurusan nanti.Kalau perempuan senang sikit.Rasyiqah kena tolong aku nanti.
            "Ah,takdenye nak lelaki.Kalau lelaki yang jumpa,kau kena tolong aku."
            "Tengoklah nanti kalau ada mood nak tolong."selamba sahaja ayat Rasyiqah.Arya sudah membaling bantalnya ke arah Rasyiqah.
            "Oit,apa ni main baling-baling bantal.Dahlah bantal kau ni busuk.Karang aku tak tolong betul-betul, baru hang tau."rungut Rasyiqah sambil membaling kembali bantal Arya.Beginilah keadaan mereka jika bergurau.Pasti gamat jadinya bilik mereka.Nasib baiklah pihak pengurusan UIAM sudah menetapkan sebuah bilik hanya dikongsi berdua, kalau bertiga,tak tahulah keadaannya bagaimana.Arya dan Rasyiqah merancang untuk menyewa rumah sendiri bersama rakannya yang lain apabila memasuki tahun kedua.Lagi mudah untuk menguruskan hal sendiri.Kalau kenderaan untuk ke kelas,tidak menjadi masalah kerana Rasyiqah mempunyai kereta.Tetapi buat masa ini,mereka tinggal dahulu di asrama yang telah disediakan.
****
"Ku ingin selamanya...
 Ada disampingmu menyayangi dirimu
 Sampai waktukan memanggilku"
          Pasha Ungu sudah melalak minta dijawab panggilan tersebut.Arya hanya menilik sekilas pada telefon bimbitnya.'Ah,malas aku nak angkat,tak kenal pun nombor tu.'Arya kembali menyambung kerjanya yang tergendala.Sekali lagi lagu Ku Ingin Selamanya berkumandang memecahkan kesunyian malam itu.
          "Oi Arya,angkatlah handphone hang tu.Memekaklah...dahlah volume macam nak bagi aku punya gegendang telinga pecah."rungut Rasyiqah yang sudah berselubung di atas katil.Minah ni memang,kalau takde kerja,memang membutalah jawabnya.Walaupun baru pukul 10.
          "Assalamualaikum.Siapa ni?"jawab Arya.
          "Waalaikumsalam.Ni yang tengah bercakap Arya Muzfirah ke?"soal pemilik suara yang berada di talian.Eh,dia yang telefon takkan tak tahu siapa yang ditelefon.
          "Ya,saya Arya Muzfirah.Siapa ni?Saya kenal ke?"
          "Oh,awaklah pemilik novel yang saya jumpa dekat kafe tadi siang.Novel awak ada pada saya."jawab lelaki tersebut.
          Arya seperti hendak meloncat sampai ke awan apabila novelnya sudah dijumpai.Nasib baiklah dia pendek,taklah dapat meloncat sampai ke awan.Tapi,yang merungsingkannya,hamba Allah yang menjumpai novelnya lelaki.Memang masinlah mulut Rasyiqah.Berapa guni garam agaknya Rasyiqah letak dekat mulut sampai masin mulut dia.
         "Awak,terima kasih sebab jumpa novel saya.Errr,,,esok awak boleh tolong pulangkan tak?Saya baru je beli semalam.Tak habis lagi baca.Saya rasa macam nak terjun bangunan je bila novel tu hilang."ujar Arya. Memang jiwanya kacau kalau novel tersebut benar-benar hilang.Kedengaran tawa lelaki tersebut,barangkali mengetawakan sikapnya yang cuai.
         "Ada pulak nak terjun bangunan.Awak ni,tak pasal-pasal keluar dekat paper seorang gadis ditemui mati selepa terjun bangunan gara-gara kehilangan novel.Hahaha...oklah esok saya pulangkan,jumpa saya dekat kafe pukul 2 petang.Nanti,awak call saya bila dah sampai dekat kafe.Assalamualaikum."terus sahaja talian dimatikan.
         Belum sempat Arya bertanya lebih lanjut,talian sudah dimatikan.Misteri betullah mamat ni,nama pun tak bagitahu.Macam mana aku nak kenal dia.Nasib baiklah pukul 2 tu aku free.Takpe,demi novel kesayangan, aku sanggup buat apa sahaja.Ceh,jiwang lah ayat kau Arya.
****
DIA membelek-belek novel tersebut.Berdasarkan pemerhatiannya terhadap novel tersebut,dia tahu pasti tuan empunya novel seorang yang menitikberatkan kekemasan.Lihat sahaja,kulit novelnya disampul dengan kemas. Tiada kesan lipatan pada novel tersebut.Pasti juga dia seorang yang begitu minat membaca.Entah kenapa,dia merasa seperti ada sesuatu ketika mendengar bicara gadis yang baru dihubunginya sebntar tadi.
          Tiba-tiba dia teringatkan seorang gadis yang pernah dikenalinya.Gadis tersebut juga meminati novel. Sebut sahaja tentang novel paling best,novel paling terlaris di pasaran,pasti dia tahu.Apa khabar agaknya dia sekarang?Pasti sekarang dia dah berjaya.
****
"RASYIQAH,teman aku jumpa someone tau pukul 2 petang ni."ujar Arya sambil membetulkan tudung yang senada dengan bajunya. Hari ini dia memakai blouse berwarna ungu dipadankan dengan sluar slack hitam. Kelasnya akan bermula pada pukul 8.30 pagi,lebih kurang setengah jam lagi kelas akan bermula.
        "Hai,sapa pulak hang nak jumpa ni?Awat tak habaq kat aku awal-awal.Aku dah janji dengan Dina nak pergi library."balas Rasyiqah.Tak pernah-pernah Arya mengajaknya untuk berjumpa seseorang.Selalunya dia pergi sendirian kerana orang yang ditemuinya perempuan.Mungkin kali ini,orang yang ingin ditemui Arya lelaki.
        "Ala,,,tolonglah aku.Sekejap je.Ni melibatkan soal hidup dan mati aku.Please..."rayu Arya dengan memek muka seperti kanak-kanak yang minta dibelikan coklat.Oh,tidak!Aku tak nak seorang diri nanti jumpa lelaki tu.Rasyiqah kena teman aku.
        "Hang ni nak jumpa sapa sebenarnya?Lelaki ka pompuan?Beria-ia suruh aku temankan,siap cakap melibatkan soal hidup dan mati lagi.Cuba habak kat aku."Rasyiqah sudah memandang Arya dengan seribu satu persoalan yang bermain dibenaknya.Macam serius semacam je bunyinya,melibatkan hidup dan matilah.
         "Aku nak jumpa orang yang dah jumpa novel aku tu dan dia seorang lelaki.Sebab tu aku minta hang teman aku jumpa dia."berapa banyak perkataan jumpalah dalam ayat kau Arya.Ah,lantaklah.Yang penting, Rasyiqah mesti temankan.Dilihatnya,Rasyiqah sudah ketawa terbahak-bahak mendengar kat-kata Arya. Awatnya pompuan ni,gila apa.Ketawa macam pontianak tertelan gigi.
         "Oi,Syiqah,aku tak suruh hang ketawa pun.Aku mana ada buat lawak.Yang hang pi ketawa tu pasai pa. Dah kena rasuk hantu Mak Limah ke."Arya sudah tertiru loghat bahasa Rasyiqah.Seram pulak tengok si Rasyiqah ni ketawa.
         "Lagu mana aku tak ketawa,setakat novel cabuk hang tu,mana ada melibatkan hidup dan mati.Kan betui apa aku cakap,lelaki yang jumpa novel hang tu.Masin mulut aku."Rasyiqah sudah berhenti ketawa. Dia mengesat air matanya yang keluar akibat ketawa.Rasyiqah memang begitu,semua benda dia nak ketawakan. Sampai keluar air mata dia.
         "Aku cilikan mulut kau Syiqah,sesedap mulut je cakap novel aku tu cabuk.Aku baru belilah,takde maknanya cabuk.Kau ni,tolonglah aku.Kalau tak,putus kawan."ugut Arya.Macam budak-budak kecik, sikit-sikit putus kawan.
           "Yalah-yalah,,,aku temankan.Tapi sekejap je,tak boleh lama-lama.Nanti aku cakap dengan Dina aku lambat sikit pergi library sebab temankan budak kecik ni."akhirnya sudi juga Rasyiqah menemankan Arya. Tapi,ayat yang dihujungya itu agak menjengkelkan.Arya hanya memuncung mendengar kata-kata Rasyiqah, ada kata aku budak kecik.Huh,nasib baiklah kau sudi temankan aku,kalau tidak,dah lama aku pancitkan kereta kau.
****
ARYA dan Rasyiqah tertinjau-tinjau di sekitar kafe mencari gerangan yang hendak ditemui.Sekarang sudah pukul 2,tepat seperti masa yang dijanjikan.
           "Kau kenal ke tidak orangya?"tanya Rasyiqah.
           "Aku tak kenal.Belum sempat tanya nama lagi,dia dah matikan talian.Takpe,aku call dia.Tanya dia pakai baju apa."balas Arya sambil mengeluarkan handphone dari begnya.Dia mencari nombor lelaki tersebut.
            "Assalamualaikum.Awak,saya dah sampai dekat kafe,awak pakai baju warna apa?"soal Arya sejurus lelaki tersebut menjawab panggilannya.
            "Saya pakai baju warna ungu.Rasanya saya seorang jelah yang pakai baju ungu kat kafe ni."jawab lelaki tersebut.Arya memutuskan talian.Mata Arya meliar mencari lelaki yang memakai baju yang berwarna ungu seperti yang dikatakan.Matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang membelakanginya sedang duduk dipenjuru sambil memegang telefon bimbit.
             "Syiqah,aku rasa dialah yang pakai baju ungu tu.Jomlah,nanti kau lambat pulak nak pergi library." ajak Arya pantas menarik tangan sahabatnya menuju ke arah lelaki tersebut.Macam manalah dia boleh pakai baju ungu sama dengan aku.Bisik hati Arya.
             "Errr,,,Assalamualaikum."tegur Arya.Lelaki tersebut pantas bangun berpaling menghadap Arya dan Rasyiqah setelah mendengar salam diberi.
              Terpaku seketika Arya saat menatap lelaki yang menjumpai novelnya.Lidahnya kelu,badannya kaku. Dia ke?Kenapa wajahnya iras seperti dia?Tak mungkin dia.Pasti orang lain,bukan dia.

Assalamualaikum!!!Tak jawab dosa,,,klo jawab sayang...hehehe,,,gurau jelah...yg pnting WAJIB jawab...ada faham!!!!!OK,,,back to our topic...this my FIRST NOVEL...ok,,,diulang smule,,,FIRST NOVEL....so,,,hrap2 anda fahamlah...msti ade kcacatan dan ksilapan smase mnulis...ya iyalah,,,aku kan baru lagi mnulis...baru aja...eh,,awatnye aku trikut2 crite indon ni...huhuhu,,,ini smue pngaruh tv...forget it...Cik PN hrap anda smue trhibur dgn novel ni...please follow novel ni smpai hbes...mle2 mmg agk boring,,,tpi klo dh lame2,,msti best...SMOGE TRHIBUR!!!!

0 comments:

Post a Comment