Saturday, June 25, 2011

Cinta Novel atau Saya? 2

DIBELEK-beleknya setiap novel yang berada di rak.Kesemua novel sudah dibaca berulang kali,sehinggakan Arya menghafal jalan cerita dan watak-watak di dalam setiap novel.Hampir penuh rak buku tersebut dengan novel kepunyaan Arya sehinggakan Puan Latifah meleterinya kerana dipenuhi dengan novel,bukan dengan buku pelajaran.Tetapi,Arya hanya memekakkan telinga setiap kali ibunya melontarkan vokal di rumah.Kalau ibunya sudah mengeluarkan suara,bukan setakat burung atas pokok cabut lari,cacing dalam perut pun berjoget-joget nak ikut lari juga.Arya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
       Nak buat ape agaknya malam-malam ni?Nak tidur baru pukul 10 malam.Nak baca novel,semua dah dibaca,sampai dah melekat dekat kepala otak.Kalau nak buat homework,kirim salam jelah.Otak dah tepu malam-malam,tak berapa nak berfungsi.Ceh,alasan je.Kalau malas cakaplah malas,kan senang.Menyesal pulak tak ikut ibu dengan ayah pergi rumah Mak Ita. Kalau aku ikut tadi,conferm sekarang aku tengah melantak makanan dekat sana.Ha!Aku tahu nak buat apa. Rindu pulak dekat 'buku' yang satu ni.Dah dekat 2 hari tak tengok 'buku' favourite aku.Al maklumlah,sibuk memanjang,akukan bakal Perdana Menteri tahun depan.Bermimpi di siang hari lah kau Arya.Eh,ni bukan dah malam ke,dah pukul 10 pun.Ah,whatever!
         Arya bingkas bangun menuju ke bilik Amar Fazri yang terletak di sebelah biliknye.Sudah terang lagi bersuluh,tergantung perkataan don't disturb di pintu bilik abangnya.Ah,apa aku kisah,redah jelah.Arya menolak pintu bilik Amar Fazri dengan selamba badaknya.Nak kata tak faham bahasa,si Arya ni dapat A dalam English.Nak kata bodoh,dapat straight A dalam PMR.Entah kategori apa nak mengelaskan si budak Arya ni.Kategori tak faham bahasa ke,bodoh ke,takde sivik ke,apa-apa jelah.
         Patutlah jangan diganggu,tengah membuta rupanya.Ekeleh,apalah abang aku ni,malam masih muda dah buat tahi mata.Selalu time-time macam ni tengah berdating dengan gitar buruk dia tu.Memekak je malam-malam,buat konsert free.Aku ni yang hari-hari duduk bilik sebelah,boleh cair tahi telinga dengar bunyi gitar dia yang tak berapa nak merdu tu.Arya mendekati katil abangnya.Ditarik selimut yang membaluti tubuh Amar Fazri yang sudah seperti hantu pocong gayanya.
         "Abang,Arya nak pinjam laptop."bisik Arya di telinga abangnya.Amar Fazri masih diam tidak berkutik sedikit pun.Ish,dia ni nak suruh aku jerit ke baru bangun.Karang pekak pulak abang aku ni dengar suara aku yang merdu macam buluh perindu.Arya menggoyang-goyangkan badan Amar Fazri yang masih berbungkus.
        "Abang,Arya nak pinjam laptoplah."suara Arya sudah meninggi sedikit berbanding tadi.
        "Hemmm,,,ambillah..."balas Amar Fazri.Yes!Akhirnya berjaya juga aku membangunkan abang aku yang sungguh poyo ini.Arya segera mengambil laptop abangnya.
        "Abang,Arya nak buang gitar buruk abang boleh?"ujar Arya dengan selambanya.
        "Hemmm,,,buanglah jauh-jauh sikit.Kalau nak bakar lebih afdhal."balas Amar Fazri yang sudah kembali membungkus badannya dengan selimut.
        "Kalau macam tu,Arya bakar je lah...kan lebih afdhal!"Arya masih mahu mengenakan abangnya yang mamai lagi.
        "Hemmm,,,bakarlah..."jawab Amar Fazri.
         Arya sudah nak tergelak mendengar jawapan abangnya,tapi ditahan sahaja supaya tidak mengganggu. Memang blur betullah abang aku ni time tengah tidur.Kalau dia sedar takdenya dia bagi aku buang,nak sentuh pun dipukulnya tangan aku.Time macam ni lah sesuai kita kenakan dia.Otak dia tengah tak berapa nak betul.
         Arya membelek-belek gitar abangya yang terletak di sudut bilik.Apalah yang specialnya kau ni gitar kalau nak dibandingkan dengan aku yang bernyawa?Abang tidur dengan kau,makan dengan kau,entah-entah mandi pun dengan kau.Ish,amit-amit deh.Aku lagi cantik daripada kau.Haish,perasan sungguh Cik Arya Muzfirah ni. Dengan gitar pun nak dibanding-bandingkan.
         "Woi Arya,kau nak bakar gitar aku?"jerkah Amar Fazri yang masih terpisat-pisat menggosok matanya. Opocot!Terlompat Arya dibuatnya mendengar suara abangnya yang macam guruh.Habislah kalau dia dah kembali waras,silap hari bulan,dengan aku-aku sekali kena hempuk dengan gitar kapok dia tu.Baik selamatkan diri.
          "Errr,,mana ada orang nak buat apa-apa...oklah bang,,,Arya chow dulu..."balas Arya sbelum keluar dari bilik Amar Fazri.Sempat lagi dia mencilok gula-gula yang sememangnya tersedia di meja belajar abangya.
                                                                           ****
ARYA menekan butang on di laptop hak milik Amar Fazri.Seminit,dua minit,tiga minit,akhirnya berfungsi juga laptop tersebut.Kalau tak berfungsi,dah lama kena buang dalam reban ayam ayahnya.Biar Jacky dengan Katik main laptop.Baru moden sikit ayam-ayam tu.Celik IT ayam-ayam Encik Tajuddin.Arya segera menggerakkan cursor laptop menekan link pak cik Google.
           Yeah,,,siap sedia untuk menghadap 'buku'.Mula-mula,kita masukkan alamat e-mail,lepas tu password  dan akhir sekali tekan butang enter.Ha,,,inilah 'buku' yang dimaksudkan,Facebook.Buku jugakan namanya. Fuyoo,banyaknya makhluk Allah yang nak jadi rakan alam maya aku ni.Lebih kurang 13 orang.Baru 2 hari aku tak online,kalau berhari-hari,maunya nak dekat 100 orang.Ceh,bangga pulak.
           Diapprovenya semua permintaan untuk menjadi rakan.Satu sikap Arya,dia tidak gemar 'mengadd' orang,tapi biar orang yang add dia.Arya menyemak pula statusnya di walllnya.Bukan dinding rumah ye,dinding facebook.Ingat rumah je ada dinding,facebook pun ada dinding juga tau.
          Syamir Hafzan:Assalamualaikum Chinta Novel!
          Muncul seorang hamba Allah yang Arya tidak kenal menegurnya.Syamir Hafzan?Tidak pernahku dengar nama itu.Ah,pedulikan!Main game lagi syok.Ha!Tu lagi satu perangai si budak Aryani.Kalau online, takde kerja lain selain baca novel,lepas tu kalau dah bosan main game pulak.
          Syamir Hafzan:Memberi salam itu sunat,menjawab salam itu wajib.One more time,Assalamualaikum Chinta Novel!
          Ish mamat ni.Kacau line betullah.Tengah syok-syok main game farmville,boleh pulak dia tegur aku. Arya segera menaip di papan kekunci laptopnya,membalas salam Syamir Hafzan.
          Chinta Novel:Wa'alaikumussalam warahmatullah hiwabarokatuh,wahai hamba Allah yang bernama Syamir Hafzan!
          Ambik kau,nak sangat kan aku jawab salam kau,berjela-jela aku jawab.Siapa sebenarnya Syamir Hafzan ni?Aku kenal dia ke?Rasanya dalam senarai kamus nama kawan-kawan yang aku kenal takde pulak terselit nama Syamir Hafzan.Takpe,kita boleh tengok dekat profil dia,sambil-sambil tu tengok sekali gambar dia.
          Syamir Hafzan:Terima kasih sebab menjawab salam saya.Awak memang suka baca novel ke?
          Belum sempat Arya melihat profil Syamir Hafzan,dia dahulu sudah bertanya kepada Arya.
          Chinta Novel:Bukan setakat minat je,tapi dah terobses dengan novel.Kalau takde novel,rasanya hidup saya macam ada yang tak kena.
           Arya membalas pertanyaan Syamir Hafzan.Dia segera melihat profil hamba Allah tersebut. Berdasarkan info facebooknya,Syamir Hafzan ni berasal dari Kedah.Sekolah dekat Ma'ahad Tahfiz rupanya.Lahir 12 Mei 1993.Kiranya beza umur dengan Arya lebih kurang 2 tahun la gitu.Dilihatnya pula gambar Syamir Hafzan.Muka boleh tahanlah kacaknya,tapi tidak sekacak Fizo Omar.Sedaplah mata memandang,lagi-lagi bila pakai songkok.Hampir kesemua gambar Syamir Hafzan mamakai songkok.Pakai cermin matalah pulak,apasallah dia ni ada ciri-ciri Mr.Right aku.Payah-payah,boleh terjatuh cintan pulak nanti.
          Syamir Hafzan:Saya pun minat baca novel.Tapi yang bergenre seram and thriller.Baru best.
          Chinta Novel:Saya tak minat baca novel seram,sebab saya ni penakut.Layan cerita cinta je.Huhuhu...
          Syamir Hafzan:Hahaha,,,penakut rupanya awak ni.Eh,awak!Cuba pandang belakang awak,mana tahu ada pontianak tengah mengintai.
          Eh mamat ni,nak takutkan aku pulak.Dahlah malam-malam ni,ibu dengan ayah pun tak balik lagi.Abang tengah membuta,memang tak boleh diharap.Berdiri pulak bulu roma aku dengar perkataan pontianak.Tu baru dengar nama je,kalau dah nampak depan mata,agaknya koma terus jadinya.
          Chinta Novel:Jangan takutkan oranglah!
          Syamir Hafzan:Hehehe,,,saje je gurau!Saya pun pernah baca novel cinta juga,tajuk dia Ketika Cinta Bertasbih.Novel tu memang best.Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari karya Habiburrahman tu. Semuanya berkaitan dengan Islam.
          Chinta Novel:Saya dah ada novel tu.Dah khatam 3 kali.Hehehe....
          Syamir Hafzan:Waaa.....3 kali?Dahsyat.Awak baca cerita cinta orang,awak sendiri bercinta ke?
          Chinta Novel:Sebab saya tak bercintalah,saya baca novel.Kalau saya bercinta,tak payah baca novel. Prinsip saya kejar cita-cita sebelum kejar cinta.
          Ada ke tanya aku bercinta ke tidak.Sudah tentu jawapannya tidak.Buang masa,bazir tenaga je nak bercinta.Kerja yang sedia ada pun dah tertangguh,inikan pulak kalau aku bercinta.Alamatnya,memang berbukit-bukaulah kerja yang tertangguh.
          Syamir Hafzan:Yup!!!Saya setuju dengan pendapat awak.Jodoh kita Allah dah tentukan.Tak payah nak bercinta masa tengah sekolah.Tahun lepas awak PMR kan?So,how's your result?
          Chinta Novel:Alhamdulillah,,,saya dapat 8 A.Happy sangat-sangat....
          Syamir Hafzan:Waaa!!!!Tahniah.Terorlah awak.My sister dapat 7A je.English dia dapat B.
          Teror ke aku ni?Kembang sudah telinga aku.Hahaha....terima kasihlah wahai Syamir Hafzan sebab memuji aku.
           Chinta Novel:Thanks.Takdelah teror sangat.Allah dah makbulkan doa saya.Tahniah juga untuk adik awak.Maybe bukan rezeki dia nak dapat 8 A.SPM kan ada lagi.Mana tahu boleh score. Kalau tak salah saya,awak tengah tunggu result SPM kan?
            Syamir Hafzan:Insya'allah dia boleh dapat lebih baik nanti.A'ah,saya tengah tunggu result  SPM keluar.Berdebar-debar pulak rasanya.Jantung ni rasa macam nak terkeluar pun ada juga.
             Chinta Novel:Chillah!Saya pun macam tu juga masa tengah tunggu result keluar.Buatlah solat hajat banyak-banyak.Doa biar result awak gempak.Jangan masa nak periksa je solat hajat, lepas habis exam,terus tak buat solat hajat.Patutnya lepas exam pun kena buat,biar keputusannya cemerlang.
             Kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah.Yes!Ibu dengan ayah dah balik.Lapar ni. Mesti ibu ada bawak balik makanan.Hehehe...
             Chinta Novel:Syamir,saya nak out dah.Kalau ada masa bolehlah kita chat lagi. Good night,Assalamualaikum!
             Syamir Hafzan:Thanks atas nasihat awak.Ok,saya pun nak out juga.Wa'alaikumsalam. Good night and sweet dream.
             Arya segera mengoff kan laptop abangya.Dia sudah tidak sabar menghadap makanan yang dibawa balik oleh ibunya dari rumah Mak Ita.Mak Ita mengadakan kenduri doa selamat meraikan kepulangan anaknya yang telah menamatkan pengajian di Korea.
   
*p/s:Tajuk novel ni masih dikekalkan sebab tak dpt nak cri tjuk bru.Buat sementara waktu gune dulu tajuk hakikat cinta.Sorry ae kalau entry kali ni pndek & x best.Idea tak brape nak mnjelma lah.Huhuhu......

2 comments:

  1. really like it,jom ke blog saya ,ada cerpen tau :)

    ReplyDelete
  2. thanks coz bace nvel ni...hehehe,,nti saye visit blog awak.

    ReplyDelete