Sunday, June 5, 2011

Cinta Novel atau Saya? 1

ARYA masih lagi sibuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya di perpustakaan  sekolah.Walaupun dia tidak menduduki peperiksaan besar seperti SPM,namun dia tidak mengambil mudah tentang pelajaran.Tidak seperti kebanyakan pelajar yang menganggap tingkatan 4 merupakan tahun 'honeymoon'. Arya lebih suka menyiapkan kerja rumahnya bersama Sumaiyah di sekolah.
       Arya memusing-musingkan pen di tangannya.Sekejap diketuk-ketuknya pen tersebut.Dia memang begitu jika sedang memikirkan sesuatu.Sumaiyah yang melihatnya hanya tersenyum.Dia sudah terbiasa dengan perangai Arya.Segala-galanya tentang Arya sudah ada di kepala Sumaiyah.
      "Arya,kau pergi kem motivasi tu tak?"tanya Sumaiyah.Tercampak pen di tangan Arya kerana terkejut dengan pertanyaan Sumaiyah. Dia ni kalau tanya bukan nak bagi isyarat.Patut bagilah signal ke,lampu merah ke,lampu hijau ke,ni tidak ikut suka dia je tanya.Selamat aku takde heart attack.Kalau tidak,dah lama aku jadi penghuni tetap dua tiang.
      "Maiyah,kau ni buat aku terkejut tau.Dah hilang idea aku nak buat esei.Aku belum tahu lagi nak pergi ke tidak.Aku belum tanya mak aku lagilah.Nanti kalau aku pergi,aku beritahu kau."ujar Arya.
      "Pergilah Arya...aku takde kawanlah nanti.Please....."rayu Sumaiyah sambil matanya berkelip-kelip seperti kanak-kanak meminta gula-gula.
       Arya memang lemah kalau bab merayu-rayu ni.Lagi-lagikalau kawan baik dia sendiri yang merayu,memang cairlah jawabnya. Sumaiyah ni macam tahu je kelemahan aku.Aduhai macam mana ni,nak pergi ke tak nak.Arya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya aku paling menyampah kalau kena tidur dekat sekolah.Dahlah takde tilam,kena tidur atas tikar,lepas tu mandi nak kena berebut.Kan best kalau ada bilik air special untuk aku seorang je.Sebab tulah dia tidak masuk ke sekolah berasrama penuh walaupun keputusan PMR Arya amat cemerlang.
      "Tengoklah kalau mak aku izinkan.Aku kena tanya mak aku dulu."balas Arya.Minta-minta mak aku tak izinkan.Kalau tidak,naya aku lepas ni.
      "Yelah,kaukan anak mak.Kena tanya mak kau dulu."
      "Eh,mestilah aku anak mak,takkanlah anak beruk pulakkan."gurau Arya.
      "Aku rasakan Arya,mak kau mesti izinkan.Mak kaukan sporting."
      "Tengoklah anak dia.Anak dia pun sporting.Bak kata pepatah,like mother,like daughter."puji Arya sendiri.Masuk lif tekan sendiri nampaknya Cik Arya.Lepas tu sesuka hati ubah pepatah Inggeris.
                                                                             ****
"MAIYAH,nanti temankan aku jumpa Cikgu Jamiah.Nak daftarkan nama untuk kem motivasi."ujar Arya sambil mengunyah roti.Kalau mak mentua nampak,mesti terus direject jadi menantu.
      "What???Tak payah nanti-nanti,sekarang pun aku boleh temankan."Sumaiyah sudah menarik tangan Arya.Sumaiyah ni tak tahu sabar agaknya.Dahlah cakap kuat-kuat,habis semua orang dekat kantin tengok.Kot ye pun,sabarlah dulu sampai aku habis makan.Arya bingkas bangun kerana tanganyya sudah ditarik Sumaiyah.
      "Maiyah,janganlah tarik tangan aku macam ni.Kau ingat aku ni buta ke apa,jalan pun nak kena pimpin.Karang kalau tercabut,takde sparepart tau.Tangan aku ni takde jual dekat kedai basikal."
      "Sorry,tak sengaja.Kalu lambat daftar dah penuh nanti.Kau juga yang rugi."Sumaiyah sudah melepaskan tangan Arya.Kalau dah penuh lagi bagus.Aku takdelah rugi apa-apa.Rasanya Sumaiyah yang rugi sebab dia takde kawan yang join.Sebenarnya ramai pelajar 4 Dinamik yang pergi.Alasan Sumaiyah je takde kawan.Hai,nasib baiklah kau kawan aku.Kawan baik pulak tu.Terpaksalah aku pergi. Takpe Arya,untuk kebaikan kau juga kem motivasi tu.
      Mereka beriringan menuju ke bilik Pn.Jamiah.Ketika Arya dan Sumaiyah melewati Taman Lestari,mereka ternampak Hanna Syakilah sedang berbual-bual dengan seorang pelajar lelaki.Bukan main mesra lagi,siap tersenyum-senyum.
      "Arya,kau tengok si Hanna dengan budak lelaki tu.Aku rasa tu pelajar form 6 ataskan?Meluat aku tengok.Kalau nak dating pun janganlah dekat sekolah.Buat malu kelas kita.Kalau Ustazah Aini nampak,memang kena kaunselinglah jawabnya."bebel Sumaiyah.
      "Hanna memang macam tulah.Hari tu aku dah sound dia jangan dating dekat sekolah.Memang tak makan saman si Hanna ni.Agaknya makan penumbuk kot."balas Arya.
      "Kesian aku dekat mamat tu.Dia pakwe Hanna yang ke berapa agaknya.Dahlah Arya,buang masa je tengok wayang dekat sini.Pergi daftarkan nama kau lagi bagus."ujar Sumaiyah.
       Hanna Syakilah merupakan rakan sekelas Arya dan Sumaiyah.Pakwe dia keliling pinggang.Yelah orang cantik,ramai peminat.Bagi Hanna,tukar pakwe macam tukar baju.Tiap-tiap bulan mesti pakwe dia lain.Hanna cukup anti dengan Arya.Walaupun mereka sekelas, tapi macam anjing dengan kucing.Sebabnya Arya pernah laporkan pasal Hanna bawa alat solek ke sekolah.Semenjak itu Hanna menjadikan Arya sebagai musuh tradisinya.
       Tapi wajarlah kalau Arya melaporkan hal tersebut kepada guru disiplin.Alat solek tidak boleh dibawa ke sekolah.Larangan tersebut sudah termaktub dalam peraturan sekolah.Kalau tak percaya,pergi buka buku peraturan sekolah,lepas tu baca dari muka surat satu sampai habis.Tu belum cerita lagi pasal perangai dia dekat kelas.Kalau belajar tak pernahnya nak series.Asyik bergosip je dengan geng Wondergirls dia.Wondergirls tu merupakan nama gelaran bagi group Hanna yang perasan cantik.Geng Hanna ni ada 5 orang,iaitu Melda, Riana,Laila,Afika dan termasuklah ketuanya si Hanna.Kalau diorang tak nyanyi lagi Nobody memang bukan geng Wondergirls lah namanya.Sikit-sikit "I won't nobody,nobody but you."Sungguh menyampah kalau mendengar suara geng Hanna yang macam katak tengah nazak.
       Tu belum tengok gaya diorang berjalan lagi.Berjalan macam orang patah pinggang,terliuk sana,terlentok sini.Kalau masuk pertandingan model,conferm dapat nombor satu ke belakang.Tapi yang peliknya,si Hanna ni selalu je dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.Tak pernahnya dapat G.Paling koman pun dapat D.Yang lain mesti B.Kalau dapat G,maunya kena bebel dengan Dato' K. Bukan Dato' Khalid suami Siti Nurhaliza,tapi Dato' Karim.Yelah,anak Dato' kenalah jaga reputasi keluarga.Takkanlah anak Dato' boleh kalah dengan anak orang biasa.
                                                                      ****
SUMAIYAH sudah tersengih-sengih macam kerang busuk setelah keluar dari bilik Pn. Jamiah.Berjaya juga mendaftarkan nama Arya untuk program motivasi tersebut.Arya segera memakai kasut kerana waktu rehat sudah tamat.Dia memandang Sumaiyah yang sedang memakai kasut.Lambatnya Maiyah ni.
       Dahlah lepas ni masa Cikgu Marlia.Kalau lambat masuk kelas dia,memang awal-awal lagi dah tempah tiket ceramah Cikgu Marlia.Tidak perlu membayar,free of charge orang kata.Kalau dia dah start mengeluarkan kata-kata,buat-buatlah pekak.Kata-kata dia,,,perghhh...marvelous...tak payah cakap bisanya macam mana.Kalah bisa ular tedung.Agaknya,kalau kata-kata Cikgu Marlia boleh bertukar pedang,conferm Arya dengan Sumaiyah jadi daging cincang versi manusia.Itu tidak termasuk lagi dengan penampar dan cubitan sayang dia.Cubitan dia boleh jadi cap mohor selama seminggu.
       "Maiyah,kau ni boleh cepat sikit tak pakai kasut.Lepas ni masa cikgu kesayangan kau tu."Arya sudah bercekak pinggang menanti Sumaiyah memakai kasut.Sumaiyah ni boleh pulak slow motion pakai kasut.Nasib baiklah kau kawan baik aku,kalau tidak dah lama kau makan sup kasut.
        "Rilekslah Arya,kau ingat aku ni Charlie Chaplin ke?Semuanya laju.Lagipun Cikgu Marlia jalan lambat,kalau kita jumpa dia masa tengah berjalan,kita boleh jalan lagi laju daripada dia.Yelah kan,mana nak bawa buku,nak bawa perut lagi."balas Sumaiyah.
         Nampaknya hari raya nanti,Sumaiyah kena minta maaf dekat Cikgu Marlia.Selamba badak Sumaiyah kutuk Cikgu Marlia.Kalau Cikgu Marlia dengar,boleh mati berdiri Sumaiyah.Ikat tali kasut pun nak cantik-cantik,macam nak ikat reben hadiah pulak gayanya.Arya segera berjalan meninggalkan Sumaiyah di belakang sendirian.Tulah lambat sangat jalan,kan dah kena tinggal.
        "Auch!Kayu balak mana yang aku langgar ni."Arya mengaduh kesakitan.Dia melihat gerangan siapa yang dilanggarnye.Alamak, apasallah dalam banyak-banyak manusia dekat sekolah ni,dia juga yang aku langgar.
        "Hoi,ko buta ke apa!Harap je ada mata tapi tak guna.Lain kali kau pergi beli cermin mata lagi satu baru nampak."jerkah budak lelaki itu.
         "Sorry,aku tak sengaja."pohon Arya.
         "Boleh blah dengan kau punya sorry tu.Sorry naik lorilah."balas Faiq Zafri.
         Ni lagi seorang musuh Arya yang wujud di muka bumi Allah.Pantang berjumpa dengan Arya,ada je benda yang tak kena.Arya pun pelik kenapa Faiq Zafri begitu memusuhinya.Pasti ada kata-kata yang menyakitkan hati akan dihamburkan terhadap Arya.Sumaiyah begitu benci dengan mamat yang perasan hensem.
         "Woi,mangkuk ayun.Dah kira baiklah Arya minta maaf.Kalau aku tak ingin nak minta maaf dengan mamat perasan bagus.Buat sakit hati je aku mengadap muka kau yang macam monyet tercekik pisang."ujar Sumaiyah yang berada di sebelah Arya.Entah bila dia muncul pun Arya tidak tahu.Tiba-tiba Sumaiyah memarahi Faiq Zafri.
          "Eh,hello!Kau cakap muka aku macam monyet tercekik pisang,aku lagi hensemlah dari Justin Bieber.Kau tu muka yang macam bangunan tak siap,ada hati nak kutuk muka orang."balas Faiq lagi.
          Arya hanya memerhati gelagat dua orang hamba Allah di hadapannya.Aku yang langgar,diorang pulak yang gaduh.Arya segera menenangkan Sumaiyah yang sudah naik angin.
          "Dahlah Maiyah,tak payah layan orang yang takde sivik ni.Masuk kelas lagi bagus."pujuk Arya lagi.Karang,tak pasal-pasal ada yang bergaduh pulak.Silap-silap masuk bilik disiplin,kena panggil mak bapak.Lagilah naya.
          "Pergilah berambus sana.Merosakkan pemandangan je kat sini."balas Faiq Zafri.Dia berlalu pergi tetapi sempat menghadiahkan jelingan kepada Arya.
         "Ish,sakit hati betullah aku dengan Faiq tu.Nak je uli-uli dia jadi karipap,lepas tu goreng sampai hangus.Apasal kau diam je tadi, selalu kau lawan balik apa yang dia cakap."
         "Aku dah malaslah nak bergaduh dengan dia.Buat menambah dosa aku.Orang macam dia,kalau dilayan lagi teruk jadinya.Dah cepatlah sikit jalan,kita dah lambat Sumaiyah.Aku rasa lepas ni,habislah kita kena bebel dengan mak tiri tu"balas Arya.
          Arya dan Sumaiyah berjalan macam lipas kudung menuju ke kelas mereka.Ni semua gara-gara Faiq Zafri.Kalaulah tadi aku tak langgar Faiq,mesti dah sampai kelas.Siap sedialah menadah telinga dengar ceramah percuma.Terasa tingkat 4 jauh beribu batu sekarang ni.Setelah bersusah payah mereka berjalan,macam orang marathon,akhirnya sampai juga dekat kelas.
          "Maiyah,kau masuk dulu.Aku takutlah."bisik Arya di luar kelas.
          "Kaulah dulu,kau yang langgar Faiq tadi."balas Sumaiyah.Sempat lagi mereka bergaduh dalam waktu genting seperti sekarang. Akhirnya Arya mengalah jua,dia yang masuk ke kelas dahulu.Arya tercengang seketika.Bila masa Cikgu Marlia bertukar jadi lelaki ni.
          "Assalamualaikum."Arya memberi salam terlebih dahulu diikuti Sumaiyah.Dia segera masuk menemui Cikgu Khairi.
          "Minta maaf cikgu,kami lambat.Tadi kami ada urusan dengan Pn.Jamiah."ujar Arya.Minta maaflah Cikgu Jamiah,terpaksa guna nama cikgu untuk selamatkan kami.
          "Tak pe,duduklah tempat awak."balas Cikgu Khairi.Arya dan Sumaiyah segera duduk di tempat duduk mereka.
          "Fuhhh,selamat bukan monster tu.Buat penat je kita jalan laju tadi.Ni semua gara-gara mangkuk ayun tu.Siap dia kalau aku jumpa, aku cincang dia,lepas tu masak gulai.Bagi dekat kandang harimau.Baru tau dia."bebel Sumaiyah.
          "Saya hanya relief kelas awak sahaja sebab Cikgu Marlia bersalin.Kita belum ada lagi cikgu Fizik yang tetap untuk menggantikan Cikgu Marlia.Tapi,Cikgu Marlia ada tinggalkan latihan untuk awak selama dia bercuti."Cikgu Khairi mengedarkan latihan yang telah disediakan Cikgu Marlia.
           "Patutlah satu hari ni aku tak nampak dia,bersalin rupanya."ujar Sumaiyah sambil mengipas-ngipas badannya.Panas gila macam baru lepas merentas desa.
           Arya hanya tersenyum melihat gelagat rakan baiknya itu.Nasiblah dapat kawan mulut macam Azwan Ali.Laser sungguh bila berbicara.Tapi dia bersyukur kerana Sumaiyah merupakan rakan yang begitu prihatin.Sumaiyahlah tempat dia meluahkan perasaan sama ada sedih atau gembira.Arya dan Sumaiyah sudah seperti adik-beradik,dimana ada Arya,pasti ada Sumaiyah sekali.Sampai ada yang menggelar mereka pasangan kembar,tidak boleh dipisahkan.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hye , hamia syafanis . awak novelis ke ? mcm kenal jek name nih . awak penah tulis novel ape jek ek ? coz sy ingat-2 lupa .

    ayat " series : tuh diubah jadi " serius " ek ? coz maybe org bace jadi pelik pulak . thanx dan maaf . sy suke awak punye karya

    ReplyDelete
  3. hehehe,,,sye blum ade nvel lagilah awak...tpi mmg dah brangan nak ade nvel sndiri...doakan sayelah...

    trime kasih sbab bgi kritikan yg mmbina,,,really appreciate it....saye x kesah pun,,lgi saye suke adelah..hehehe

    ReplyDelete