Friday, December 23, 2011

Cinta Novel atau Saya? 4

SEMUA peserta yang menyertai kem motivasi tersebut diminta mendaftar di meja urusetia.Arya dan Sumaiyah tidak ketinggalan untuk mendaftarkan nama.Hampir 80 pelajar yang turut serta dalam kem motivasi itu.
     "Oi Arya,mangkuk ayun tu pun join kem ni.Aduh,menyampahlah aku tengok muka dia tu."ujar Sumaiyah.Mata Arya melilau mencari kelibat mangkuk ayun yang dikatakan oleh Sumaiyah.Matanya tertancap sesusuk tubuh yang sedang berbual mesra dengan Hanna Syaqilah.Hatinya masih lagi terasa dengan kata-kata Faiq Zafri.Pantas sahaja matanya mengalih pandangan.Muak melihat wajah Faiq Zafri.
     "Biarlah dia nak ikut dalam kem motivasi ni.Janji dia tak kacau aku.Malas aku nak ambil pusing."balas Arya sambil berjalan meninggalkan kawasan pendaftaran kerana rimas dengan keadaan yang bersesak-sesak.Sumaiyah yang berada di belakangnya turut meredah para pelajar yang sedang berasak-asak mendaftarkan diri.Nasib sahaja mereka datang awal,tidaklah berebut-rebut mendaftar diri.Ikutkan hati,malas Arya hendak menyertai program motivasi ini.Tetapi atas desakan Sumaiyah,dia ikutkan sahaja kemahuan rakan baiknya.
      Arya dan Sumaiyah duduk di kerusi batu yang ada di luar dewan sementara menunggu majlis bermula.Sesekali mata Arya memerhati pelajar yang baru tiba sambil membawa beg yang boleh tahan banyaknya.Dia tersenyum sendirian.Kem motivasi hanya 2 hari 1 malam,tapi bawa beg macam nak duduk sini seminggu.Lebih-lebih lagi pelajar perempuan,bawa beg pakaian punyalah besar,tambah dengan beg sandang,lepas tu ada lagi beg yang tersangkut dekat bahu.
       "Kau dah kenapa Arya,senyum sorang-sorang pulak ni.Kau jangan buat aku seram Arya.Ni belum malam lagi,kau dah lain macam.Hish,macam mana aku nak tidur malam.Aku dengar sekolah kita ni keras tau."tegur Sumaiyah dengan muka yang cemas sambil matanya dibesarkan.
        Arya tergelak mendengar kata-kata Sumaiyah.Mahu saja dia ketawa sambil guling-guling atas tanah.Tapi,bila difikirkan semula,nanti ada pula yang cakap dia gila.Dilihatnya muka Sumaiyah semakin cemas,sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Keningnya juga sudah bercantum.Mungkin pelik dengan gelagat Arya hari ini.
        "Arya,kau janganlah ketawa macam tu.Dahlah ketawa kau tu memang menyeramkan.Bertambahlah tahap keseraman yang sudah sedia ada seram ni."kalau diikutkan hati,hendak saja Sumaiyah stapler mulut si Arya yang tak habes bergelak ketawa.Dia sudah biasa dengan perangai Arya.Kalau dah ketawa,memang susah nak berhenti,sampai keluar air mata.Ada sahaja benda yang hendak diketawakan.
         "Macam mana aku tak ketawa,kau kata sekolah ni keras.Memanglah sekolah keras,kalau lembut,dah lama sekolah ni runtuh.Apalah kau ni."ujar Arya denga tawa yang masih bersisa.Sudah mula perangai loyar buruknya yang satu itu.
         Sumaiyah menjengilkan mata mendengar jawapan Arya.Boleh pulak si Arya buat tayar buruk time-time ni.Owh Arya,kalaulah kau bukan kawan aku,dah lama aku karate kau buat satay.Hish,sengaja bikin wa panas minah ni.Arya sudah berhenti ketawa,tiada lagi gelak tawa yang kedengaran.Mungkin sudah kering tekaknya.
         "Kau ni main-main pulak."desis Sumaiyah sambil memukul Arya dengan botol air yang ada ditangannya.Nasib Arya berjaya menepis serangan anak tuk guru silat itu.
         "Wow,aku tahulah bapak kau tuk guru silat,tak payah nak praktis jurus-jurus silat dekat aku pulak.Bila masa aku main-main,kan aku tengah duduk ni."ujar Arya sambil cuba menahan gelak.
         Sumaiyah sudah geram dengan kawan baiknya itu.Kalau berbual dengan Arya,memang membuatkan dirinya gila,jiwanya juga tertekan.Susah bila bercakap dengan orang yang pandai bercakap macam si Arya tu.Memang susah nak tengok dia bercakap dengan serius.
          "Amboi,bergelak sakan korang semua!Menganyam ketupat ke?"Zayed mengambil tempat dihadapan Arya dan Sumaiyah.Dari jauh dia sudah melihat gelagat mereka yang bergelak sakan,lagi-lagi si Arya.
          "Ish Abang Zayed ni,buang masalah menganyam ketupat.Sekarang dah ada yang lagi ekspres,beli je dekat kedai.Balik rumah terus rebus.Tak mainlah menganyam-mengayam semua tu."balas Arya.Dia tidak kisah jika berbicara dengan Zayed Rafiqi kerana seniornya yang seorang tu memang sporting habis.
          Zayed Rafiqi antara senior yang rapat dengannya.Faiq Zafri terkecuali daripada senarai tersebut.Dia layak masuk senarai musuh ketat yang perlu dihapuskan.Dia juga pelik,kenapa Faiq Zafri memusuhi dan sering mencari kesalahannya.Apa yang penting,dia tidak pernah ada masalah dengan Faiq Zafri,cuma Faiq Zafri yang selalu ada masalah dengan dia.
           "Main-main pulak Arya ni.Abang maksudkan menganyam ketupat lainlah.Mengumpat abang ke tadi Arya,Maiyah?"Zayed menjeling ke arah Arya.Kadangkala geram juga dengan Arya,ada saja jawapannya.Tapi,dia selesa berbual dengan Arya dan Sumaiyah.Walaupun mereka bukan sebaya dengan Zayed,ia tidak membatasi perbualan.Sudah seperti adik-beradik gayanya.
            "Abang Zayed,jangan layan sangat Arya ni.Dari tadi ketawa tak berhenti-henti.Seram Maiyah duduk sebelah dia."
            "Abang,tak baik tau memfitnah.Kalau Arya nak mengumpat,tak mainlah mengumpat Abang Zayed.Apa class!"
            "Cehhh,berlagak pulak!Abang sedar,siapalah abangkan!"Zayed sudah membuat muka merajuk.Sengaja ingin menyakat mereka.
            "Merajuk pulak abang kita ni.Macam budak kecik,anak buah Arya pun takde merajuk macam abang.Buatlah mulut macam itik tu,boleh Arya ikat dengan tali sekali!"semakin galak Arya mengenakan Zayed.Sumaiyah juga turut ketawa mendengar kata-kata Arya.
            "Huh,bukannya nak pujuk abang,makin kenakan abang adalah.Mentang-mentang abang seorang je sekarang.Takpe,kalau ada Abang Irham,tahulah nasib Arya.Nanti dia kenakan Arya macam hari tu lagi,padan muka!"Zayed Rafiqi sudah mula bangun untuk meninggalkan Arya dan Sumaiyah.Sempat lagi dia menjeling mereka berdua.
             "Janganlah Abang Zayed!Abang Irham tu dah la agak naughty sikit.Ala..tu pun nak merajuk.Arya gurau je kot.Nanti Sumaiyah belanja cadburry."pujuk Arya.Kalau dah melibatkan Irham Najmi,memang harulah jadinya.Dia masih ingat lagi bagaimana dia dikenakan mereka berdua.
             "Oit Arya!Apasal pulak aku yang kena belanja Abang Zayed.Kau yang buat hal,kaulah yang belanja."rungut Sumaiyah.
             "Tahu pun takut.Arya dengan Irham sama-sama naughty.Kalau jumpa,boleh bergegar dunia.Dah-dah,masuk dewan.Majlis dah nak mula."Zayed sudah berjalan meninggalkan mereka berdua yang masih lagi duduk bersantai seperti duduk di tepi pantai.Semakin dilayan mereka berdua,semakin gila jadinya terutama si Arya Muzfirah itu.Zayed hanya menggelengkan kepala apabila mengingatkan telatah juniornya itu.
****
"OK,saya akan bahagikan awak kepada beberapa kumpulan supaya aktiviti mudah dijalankan.Setiap kumpulan akan ada seorang fasilitator yang bimbing kamu.Sekarang,dihadapan ini ada 8 orang fasilitator.Nama yang saya sebut sila tampil ke hadapan."ketua fasilitator yang diundang dari luar sudah memberi arahan.Suasana agak riuh sedikit kerana pembahagian kumpulan akan dijalankan.
             "Arya,kena bahagi kumpulan pulak.Lemah aku macam ni,mesti kita tak sama kumpulan."Sumaiyah kelihatan gelisah.Arya hanya tersenyum mendengar rungutan rakannya itu.Alahai,macam nak kena berpisah selamanya pulak.Padahal belum tahu lagi,sama kumpulan ke tidak.
             "Rilekslah.Kau ni gabra macam tunggu hukuman pulak aku tengok.Tenang-tenang saja bah."usik Arya.Seorang demi seorang nama disebut.Arya masih lagi menanti namanya disebut.Nama Sumaiyah juga belum dipanggil.
             "Arya Muzfirah bt Tajuddin.Kumpulan 3."panggil ketua fasilitator.
             Arya yang mendengar namanya disebut bingkas bangun menuju ke arah kumpulan 3.Sumaiyah sudah menunjukkan riak tidak berpuas hati.Pastinya mereka berlainan kumpulan.Arya menuju ke hadapan dengan tenang.Matanya terarah pada Faiq Zafri.'Oh tidak!Aku satu kumpulan dengan dia.Memang lepas ni ada perang dunia ketigalah jawabnya.'gumam Arya dalam hati.Arya melemparkan senyuman pada ahli kumpulannya yang lain termasuklah fasilitator yang akan membimbing mereka.Faiq Zafri membalas senyuman Arya dengan jelingan tajam.'Eleh,ingat aku senyum dekat kau ke perasan!Jeling-jeling,aku julingkan biji mata kau baru tahu!'marah Arya sendirian.
             "Ok,now kita punya ahli dah cukup.Ada 9 orang semuanya.Saya sebagai fasi hanya akan membimbing dan memantau sahaja.Nama saya Syed Rafiuddin.Korang semua boleh panggil Abang Syed.Lebih senang,tak berbelit nak sebut.Korang semua jangan ingat abang seorang yang garang tau.Rileks ok.Anggap je kita semua macam satu family.Kita enjoy sahaja dengan apa yang kita buat.Sebab,aktiviti kita semua memang best-best."jelas fasilitator yang memperkenalkan dirinya sebagai Abang Syed.Arya mengangguk tanda faham dengan penjelasan Abang Syed.Nampak muka macam serius.Tengok jelah nanti,garang ke tak garang.
 ****
"ARYA,kan aku dah kata.Kita mesti lain kumpulan punya.Ish,tak bestlah macam ni.Aku punya fasi perempuan,nama dia Kak Syifa.Baik gila kakak tu,dah la comel,sporting pulak tu."ujar Sumaiyah sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
             "Untunglah kau.At least takde orang yang menyakitkan hati kau dalam group tu.Tak macam aku,dahlah kena satu kumpulan dengan si Faiq tu.Huh,memang tak boleh satu kepala.Macam tadi,ada je benda dia tak puas hati.Nasib baiklah abang fasi aku tu sporting."balas Arya dengan nada lemah.
             Dia teringat sewaktu aktiviti pemilihan nama kumpulan dijalankan.Semua nama yang dicadangkan ahlinya tidak diambil kira,hanya mengikut kepala dia seorang saja.Ahli kumpulan yang lain sudah masak dengan perangai Faiq Zafri.Mereka menerima keputusan ketuanya itu tanpa ada bantahan.Arya juga malas mahu membantah kerana pasti akan timbul perbalahan antara mereka.
             "Ala...rilekslah.Dah nasib kau satu kumpulan dengan Faiq.Kau macam tak biasa pulak dengan perangai dia yang menyakitkan hati tu.Dia kan memang tak pernah puas hati dengan kita.Fasi kau best tak?Fasi aku best tau."
             "Bestlah juga.Kadang-kadang buat lawak macam tak ingat dunia,kadang-kadang serius macam bapak singa.Aku nak fasi perempuan,senang nak bekerja.Terima jelah seadanya."
             "Yang mana satu fasi kau Arya?Aku tak perasanlah tadi.Yang pakai speck tu ke?"
             "Aku rasa ramai fasi yang pakai speck,bukan dia seorang je.Macam mana kau nak perasan.Nanti aku tunjuk.Dahlah cepat makan,lepas ni nak pergi letak beg dekat kelas.Malam ni kita tidur alas tikar jelah.Nasib baik satu malam,kalau seminggu,patah riuk tulang aku tidur atas lantai yang keras tu."rungut Arya.Pantas Arya menghabiskan makanan di pinggannya.Sempat dia memerhati sekitar kantin.Masih ramai lagi pelajar yang sedang makan.Arya bingkas bangun membuang bekas makanan ke dalam tong sampah.
             Sumaiyah terkocoh-kocoh menghabiskan makanan,bimbang akan ditinggalkan Arya.Dia bukannya mahu berpisah dengan Arya.Di mana ada Arya,di situ pasti ada Sumaiyah.Sudah seperti kembar gayanya.Sumaiyah juga sering tidur di rumah Arya.Ibu Arya juga sudah dianggap seperti ibunya.
****
"ARGHHH!Penatnya.Dahlah tingkat 3,bawak beg-beg lagi.Macam nak patah tangan aku ni."ujar Sumaiyah memicit-micit tangannya.Dibetulkan semua urat sendinya selepas mengangkat beg-beg ke kelas tempat mereka tidur.Arya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat temannya itu.
            Dari luar sudah terdengar suara-suara yang membuat bising.Arya cuba mengecam suara itu.Sumaiyah cepat-cepat berdiri cuba untuk melihat ke luar.Belum sempat dia mengintai,sudah terjengul Hanna Syaqilah dan teman-temannya.Oh tidak!Bala apa lagi yang datang ni.
            "Oi geng!Kita satu biliklah dengan kembar yang tak seiras langsung ni."perli Hanna Syaqilah.Dia sengaja melanggar bahu Sumaiyah yang berdiri di pintu.Rakan-rakan Hanna yang lain sudah bergelak ketawa sesama sendiri.
            "Ops,sorry!Terlanggar pulak.Tak sengaja,aku tak nampak pulak ada burung murai dekat tepi pintu ni!Nak jadi pak guard ke?Takpe,nanti aku boleh suruh papa aku ambil kau kerja jadi pak guard."Hanna Syaqilah sempat menjeling Arya yang sedang mengalihkan meja ke tepi.Arya buat-buat tidak nampak.
            "Kau apehal Hanna?Aku tak cari pasal pun dengan kau.Kau ingat aku hadap sangat dengan gelaran Dato' bapak kau tu.Bapak kau yang Dato',bukan kau.Aku rasa kalau kau,nenek kot yang sesuai.Ha,nenek sihir.Fuyoo,kelas kau jah!"balas Sumaiyah.Dia beredar membantu Arya mengalihkan meja ke tepi supaya tikar dapat di bentang.
             Kelihatan muka Hanna Syaqilah sudah kelat setelah ditempelak Sumaiyah.Rakan-rakannya yang lain sudah membuat urusan sendiri,malas mahu masuk campur.Hanna Syaqilah memandang Sumaiyah dengan pandangan yang tajam.Pantang kalau ada yang memperlekehkan dirinya.
             Arya sudah tersenyum mendengar kata-kata rakan baiknya itu.Sumaiyah mahu dilawan,kirim salamlah.Sumaiyah bukan calang-calang orang,anak tuk guru silat.Silap hari bulan ada yang patah riuk dikerjakan Sumaiyah.Arya melepaskan keluhan.Apalah nasibnya hari ini,sudahlah satu kumpulan dengan Faiq Zafri,nak tidur pun kena satu kelas dengan Hanna Syaqilah.Alahai,dah nasib badan!
            "Thanks Arya,tolong alihkan meja-meja dengan kerusi.Senanglah aku nak tidur,tak payah kemas-kemas lagi."ujar Hanna.Dia malas mahu mengemas meja-meja.Dia pun terpaksa menyertai kem motivasi ini,papanya yang memaksa.Kalau diikutkan hati,dia mahu duduk dirumah tidur diatas katil yang empuk.Bukannya tidur atas lantai seperti ini.
            "Kau ingat,kitorang kemas untuk kau ke?Bermimpi disiang harilah nenek sihir.Kitorang kemas yang kat depan je,untuk kitorang tidur.Yang belakang tu,pandai-pandailah kau kemas."balas Sumaiyah sambil membentang tikar.Arya hanya mendiamkan diri.Sedikit pun dia tidak memandang muka Hanna Syaqilah.
             "Argghhh,kau ni memang menyakitkan hati akulah murai!Guys,kemas semua meja dengan kerusi ni"arah Hanna Syaqilah.Rakan-rakannya terkocoh-kocoh mengemas meja dan kerusi.Seperti lembu dicucuk hidung gayanya.Sumaiyah memerhati geng Hanna yang sedang mengemas.
             "Alahai,kesiannya diorang ni.Apalah yang Hanna dah mandrem sampai nak ikut telunjuk nenek sihir.Apa ke sengallah diorang ni."bebel Sumaiyah sendirian.
             "Apa yang kau bebel tu Maiyah,dah macam orang gila je aku tengok."tegur Arya.Dia juga memerhati sekitar kelas tempat mereka tidur.Selepas ini pasti bilik ini akan huru-hara dengan gelagat geng Hanna.
             "Takde apalah.Geng Hanna tu,dah macam apa,nak sangat ikut cakap si nenek sihir.Kalau aku,memang taklah.Dah lama aku lipat-lipat dia,jadi lepat."balas Sumaiyah sambil menunjukkan aksinya.Arya sudah tergelak melihat aksi Sumaiyah.
             "Dah tu,apasal tak lipat je sekarang!Nak tengok juga aku macam mana kau lipat dia."provok Arya.Dia cuba membayangkan Sumaiyah melipat Hanna Syaqilah.Haish,komfem Hanna yang kalah,sebab Sumaiyah ni anak tuk guru silat.
              "Err...aku bukan tak nak lipat dia,cuma nanti masalah yang lain pulak datang."jawab Sumaiyah.Arya hanya tersenyum mendengar jawapan Sumaiyah.Iyalah tu takut masalah lain datang,padahal tak berani.Gumam Arya sendirian.

p/s:yessss,,,finally!!!part 4 dah publish...yeahhh,,,agak lama juga tak post sebarang bab baru...sorry ok!bukan sengaja tak nak sambung,cuma masa tak mengizinkan...sbelum ni Cik PN kan tak mengadap blog sepanjang hari persekolahan,,,sebab tu memang dah janji Cik PN...mengadap blog cume masa cuti saje...that's why novel ni tergantung...cuti sekolah ni pun,,Cik PN banyak habeskan masa wat ulangkaji form 4...malam jek ade masa untuk blog...so,,this is it!bab 4 dah kluar...sorry kalau ade kesalahan dalam bab ni...sebab saye bdk baru belajar...hehehe..sape-sape yang terlepas bab sebelumnya,just klik
TEKAN SINI SAYANG!

5 comments:

  1. wow!serius best.keep it up sis!:Dkalau awak jadi penulis novel,masukkan saya sebagai watak tau!hehe

    ReplyDelete
  2. thanks dear...insyaallah sye msukkan....hehehe

    ReplyDelete
  3. Hello sis! Syifaa datang bertenggek kat sini baca bab baru. :D hahaha, apalah jadi lepas ni. ^^

    ReplyDelete
  4. thanks syifaa....tggu part akn dtg..

    ReplyDelete
  5. Tengah sibuk SPM ye skrg?
    Heee. Tape2 nnt kalau dah bukak blog baca comment ni eh.
    teruskan usaha.
    Biasalah, kita berjaya dengan belajar dari kesilapan. So far, percubaan pertama mia ni bagus!
    Keep it up okay :)

    ReplyDelete