Friday, December 2, 2011

ADAPTASI DARI NOVEL LAGI?

Assalamualaikum!Cik PN mncul lagi..hihihi
Kali ni Cik PN muncul dengan berita baik,,,GOOD NEWS!!!
It's all about novel guys...hahahha
So,,,bagi sesiapa yang tak minat novel,,boleh tekan mr.X dekat atas tu..
Habes ceghita....kahkahkah..
Tapi korang jangan buat andaian apa-apa terlebih dahulu...
Baca entry ni sampai habes....baru korang tahu...

Sekarangkan dah banyak drama,teater dan filem yang diadaptasi dari novel,,
Lagenda Budak Setan,,,Badai Semalam,,,Nora Elena,,,yang paling hot skrg,,,
OMBAK RINDU....
Ni,,,Cik PN nak bagitahu...sebuah drama yang telah diadaptasikan
daripada sebuah novel iaitu GEMERSIK KALBU karya ANIS AYUNI
akan ditayangkan di TV3,,,SLOT AKASIA mulai jam 7-8 malam...
drama ni start 26 DISEMBER 2011...
Cik PN excited sangat nak tunggu TENTANG DHIA habes...
Novel ni memang best...cerita pasal kawen paksa...
Lebih kurang macam NORA ELENA lah...
Cik PN dah baca banyak kali novel ni...kelakar novelnya..
Tapi taklah kelakar sampai habes,,,ada sedih juga...
Cik PN bagi sinopsisnye dekat korang ok!


Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.


Drama kedua,,yang diadaptasi dari novel BICARA HATI karya DAMYA HANNA...
Ya Allah,,,best sgt2 novel ni....kalau korang baca,,,komfem menangis...
Sedih sangat....novel ni juga tentang kawen paksa...
Tapi ada juga part2 yg kelakar....
Cuma,,,masih belum tahu bila akan disiarkan...kemungkinan hujung tahun 2011...
excitednye Cik PN.....semua novel best2...hahahha
Cik PN nak bagi sinopsisnye kat korang..



DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran
dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita
yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi
dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan
dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku
Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.



Sama-samalah kita tunggu drama ni disiarkan..
Sementara belum disiarkan,,korang bacalah novelnye...
Biar dapat feel dulu nak tengok dramanye...
Hahahahaha...oklah nak stop mnaip...
Daaa....

14 comments:

  1. x sbr nk tgok dramanye plk...tpi kte org,,,klo dah jdi drama atau filem krg best...tggu dan lihat jeklah...

    ReplyDelete
  2. ni novel baru ke ?? nak belila .. macam bez je ..

    ReplyDelete
  3. wahh.. dua2 novel ni best. x sabar nk tggu kemunculan filemnya..

    ReplyDelete
  4. misz lieya,,,novel ni dah lame kluar...cbe try pnjam dgn kwn2 awak,,,tkpun pnjam dkt library,,maybe ade.mmg best sgt...bce tau nvelnye...

    ReplyDelete
  5. NHY,,,mmg excited nk tgok ni....hehehe

    ReplyDelete
  6. ok2 .. nanti try tanya dgn sapa-sapa ... excited ni nak baca ... haha

    ReplyDelete
  7. hahaha,,,klo dah bace,,,bgi komen skit...hahaaha

    ReplyDelete
  8. Uwaa , thanks for your information . Tapii dua dua novel tuh tak baca lagii . Karya Anis Ayuni saya baru baca novel Cinta Yang Ku Rasa . Yang Damya Hanna pulak novel Sepi Tanpa Cinta . Ngee xD

    ReplyDelete
  9. belum baca lagi novel gemersik kalbu ..

    ReplyDelete
  10. anda smua wajib bace tau...best sgt2...

    ReplyDelete
  11. nnt ckp lh tarikh yg damya hanna punye tuh... suke sgt2 =)

    ReplyDelete
  12. orite,,,,nti sye bgitau bile tarihknye...hehehe

    ReplyDelete